Khamis, 10 Mac 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Berasmara di pondok awam

Posted: 09 Mar 2011 02:00 PM PST

Wilayah

PASANGAN tanpa segan silu memadu asmara di Taman City Park, Seremban 2.

PASANGAN tanpa segan silu memadu asmara di Taman City Park, Seremban 2.

Segelintir pasangan, termasuk sesama jenis berkelakuan tak senonoh di tempat awam

SEREMBAN 2: Suasana lengang di Taman Awam Seremban City Park di sini pada waktu tengah hari, dipergunakan segelintir pasangan kemaruk bercinta untuk memadu kasih sambil melakukan perbuatan tidak bermoral.

Tinjauan Sentral mendapati, lokasi berkenaan strategik kerana mempunyai banyak pondok wakaf dan bangku di bawah pokok redup, sekali gus membolehkan pasangan kekasih bermesra dengan selesa. Beberapa pengawal keselamatan kawasan itu mendakwa, kebanyakan pasangan berusia dalam lingkungan 20-an termasuk pelajar kolej swasta berhampiran, selalu datang ke situ antara jam 2 petang hingga jam 4 petang.

Pengawal keselamatan, Noorfadzli Mustapha, 32, mendakwa pada waktu berkenaan, kawasan itu kurang dikunjungi orang ramai.

"Mereka selalunya duduk berdua-duaan sambil berpelukan dan ada yang bercium tanpa rasa malu serta tidak mempedulikan kehadiran pengawal keselamatan yang membuat rondaan dari semasa ke semasa.

"Apabila pengawal menegur, mereka akan beredar tetapi ada pasangan yang bersikap kurang sopan dengan memarahi dan mempertikaikan tindakan kami meminta mereka menghentikan kelakuan tidak senonoh itu.
"Mereka beredar apabila pengunjung lain, terutama yang membawa keluarga mula datang ke taman pada jam 5 petang," katanya.

Noorfadzli mendakwa, selain pasangan kekasih, beliau juga pernah terserempak dengan pasangan sesama jenis yang berkelakuan tidak senonoh.

Katanya, pengawal keselamatan kawasan itu tidak dapat mengambil tindakan kerana tidak mempunyai kuasa mengikut undang-undang, sebaliknya hanya meminta mereka terbabit beredar.

Katanya, perbuatan pasangan terbabit memberi gambaran buruk terhadap pengawal keselamatan di kawasan berkenaan kerana pengunjung menyangka mereka sengaja membiarkan perlakuan memalukan itu berlaku.

Pengunjung, Fauzi Salim, 28, berkata pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) perlu kerap melakukan rondaan dan operasi di kawasan itu.

"Jika dibiarkan, kawasan itu akan menjadi lokasi pasangan kekasih melepak dan akan menarik lebih ramai pasangan melakukan maksiat," katanya.

Fauzi yang sering mengisi minyak keretanya di stesen minyak berhampiran, mendakwa sering melihat kereta yang mencurigakan berhenti di kawasan berkenaan pada waktu malam.

"Saya pernah berhenti di tepi sebuah kereta yang tidak dimatikan enjin dan terkejut apabila mendapati pasangan sedang melakukan perbuatan tidak senonoh dan pemandu lelaki itu segera memecut kereta sebaik menyedari perlakuannya diperhatikan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bangunan haram di Kampung Air

Posted: 09 Mar 2011 01:58 PM PST

Wilayah

ANGGOTA penguat kuasa DBKK merobohkan dinding bilik haram yang dibina di premis di Kampung Air.

ANGGOTA penguat kuasa DBKK merobohkan dinding bilik haram yang dibina di premis di Kampung Air.

Pemilik premis tidak takut hadapi tindakan tegas DBKK roboh rumah

KOTA KINABALU: Ibarat `alah bisa tegal biasa', pemilik atau penyewa bangunan haram di Kampung Air di tengah bandar raya ini seakan-akan mahu mencabar pihak berkuasa kerana terus beroperasi walaupun sudah beberapa kali operasi meroboh dilakukan.

Jika hari ini dirobohkan, esok kembali didirikan. Malah, ada yang lebih berani apabila dipercayai sengaja tidak menghiraukan notis dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) supaya pemilik menepati pelan ditetapkan. Ketua Unit Struktur Tanpa Kelulusan Jabatan Perancangan Bandaraya DBKK, Rakee Eddris, berkata daripada lima lot premis yang dikesan membina bilik haram dalam operasi kelmarin, tiga daripada lot terbabit pernah dirobohkan menerusi pemeriksaan pihak berkuasa.

"Kita dapati mereka membina semula bilik haram dan tidak mempedulikan notis DBKK, malah menganggapnya perkara remeh yang tidak perlu dipatuhi," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Kelmarin, DBKK melaksanakan operasi meroboh bilik haram di premis perniagaan Kampung Air bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi lain termasuk Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Operasi kira-kira tiga jam mulai jam 10 pagi itu turut disertai Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Ramli Alimat.
Anggota penguat kuasa DBKK terpaksa menggunakan gergaji dan tukul untuk merobohkan dinding di beberapa premis yang dijadikan bilik sewa tanpa permit.

Sebanyak 35 bilik daripada lima lot premis di Kampung Air dirobohkan dalam operasi berkenaan.

Rakee berkata, kesalahan direkodkan sebagai membina bilik haram tanpa mendapat kelulusan pelan bangunan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Bangunan DBKK 1951.

"Kita sudah memberi notis tahun lalu dan kita mengeluarkan notis semula dua minggu lalu. Ada di kalangan pemilik bangunan itu mengemukakan pelan seperti diminta DBKK dan ada juga yang tidak menepati peraturan ditetapkan," katanya.

Dalam operasi itu, polis turut menahan lima individu atas pelbagai kesalahan, selain turut menemui sebuah bilik yang dijadikan tempat menyimpan pelbagai jenis ubat dan minuman kolagen.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan