Khamis, 10 Mac 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Tiga pelajar samseng

Posted: 09 Mar 2011 10:05 AM PST

HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.


Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan.


"Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.

"Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar," katanya.

Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.

Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.

"Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka," katanya.

Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu.

Menurutnya, semua mereka ditahan dalam tempoh 24 jam bagi mengambil keterangan berhubung insiden itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Bernama memetik Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, sebagai berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan guru sekolah berkenaan esok berhubung isu buku teks itu.

"Saya akan pastikan pelajar menerima kembali buku berkenaan kerana itu arahan kerajaan yang mengekalkan novel berkenaan sebagai teks komponen sastera (Komsas) tingkatan lima," katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Kamalanathan berkata, berikutan kejadian itu, guru berkenaan sudah membuat laporan polis kerana mendakwa diugut abang seorang daripada pelajar itu pada Isnin lalu, manakala pelajar terbabit turut membuat laporan polis kerana perkataan yang digunakan guru itu.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
masalah student dan guru pasti akan berlaku..tp student tak boleh dengan suke hati mengugut guru dengan membunuh guru...sbelum bertindak konon2nya samseng itu,student kne fkir masa dpn..tanpa guru2,kite tak kan d gelar student dan manusia..krn guru,kte jdi mnusia yg berjaya...sye harap sume student d malaysia hormat guru..guru2 ada lah ibu dan bapa ke-2 kte..

dewiayu saputri

remaja zaman skarang tidak seperti dahulu,mungkin kerana disebabkan pengaruh sosial yang berleluasa sekarang ini,memang wajar diambil tindakan terhadap remaja tersebut,nak jadi samseng tak da faedahnya lebih baik belajar rajin-rajin menambah ilmu kalau tidak masa yang akan datang menysal tak ada gunanya.

akmal

simpati dengan tugas guru..terpaksa tanggung tugas berat dan masalah masalam macam ni..nenabur bakti, dibalas dengan ugutan, bukan penghargaan..bersabarlah para guru..

Masyarakat Malaysia

SIKAP PELAJAR KINI LEBIH TERPENGARUH DGN GEJALA-GEJALA KURANG SIHAT DAN SUKA BERTINDAK MENGIKUT HATI MUDA..TIDAK MENGHORMATI ORG YG LEBIH TUA DRPD MEREKA TERUTAMA GURU-GURU YG BERPENDIDIKAN TINGGI..DIKERUHKAN LAGI DGN SOKONGAN IBUBAPA SERTA ABG MURID TERSEBUT..PADA PENDAPAT SAYA..HANTAR JE KAT SEKOLAH JAHAT ATAU KT SUATU PULAU..BIAR DIA RASA LANGIT TU TINGGI RENDAHNYA..

ujang

Budak-budak sekolah semakin kurang ajar kerana kurang pengetahuan dalam agama.Semua masalah ini bermula dari rumah. Di manakah tanggungjswab ibubapa dalam mendidik anak2?

Nor han

Pelajar-pelajar tersebut harus di ambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan peraturan sekolah yang sedia ada. Guru berkenaan telah bertindak bijak dengan membuat laporan polis dan tidak bertindak mengikut perasan. Syabas cikgu.

AnakBumiKenyalang

pelajar-pelajar tu xwajar bersikap demikian...tp pelajar-pelajar skunk pun xmcm pelajar-pelajar dulu yang hormati guru mereka.

princess

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tujuh kali gugur bayi

Posted: 09 Mar 2011 09:52 AM PST

IPOH: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007.

Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat.

"Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini.


"Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.


"Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali 'cuci'. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima.

"Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim," katanya.

Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin.

"Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya 'lekat' mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin.

"Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja," katanya.

Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu.

"Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.

"Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan