Jumaat, 4 Mac 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pelabur Australia makin minat

Posted: 04 Mar 2011 03:34 PM PST

Nasional

Penjelasan PM mengenai perubahan dasar dorong tarik pelaburan asing

DATUK Seri Najib Razak berkata, pelabur Australia kini menunjukkan minat mendalam untuk melabur di Malaysia selepas mendapati banyak perubahan dasar dilaksanakan kerajaan sehingga ia menjadi pusat tarikan pelaburan baru yang menarik lagi menguntungkan.

Perdana Menteri berkata, ramai pelabur Australia dan pelabur asing lain tidak mengetahui bahawa kerajaan sudah melaksanakan banyak perubahan dalam dasar pelaburan dan apabila diberikan maklumat yang tepat mereka menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia.

Beliau berkata, selepas diberi maklumat mengenai perubahan dasar pelaburan dan Pelan Transformasi Ekonomi (PTE) di Malaysia, pelabur Australia menunjukkan minat dan mendapati Malaysia sebenarnya pusat tarikan pelaburan yang menarik "Berikutan itu, mereka (pelabur Australia) menyatakan minat mendalam untuk melabur di Malaysia, cuma mereka tidak mengetahui secara jelas dasar yang ada," katanya pada sidang media kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Australia di sini, semalam.

Terdahulu, Najib menerima Ijazah Kehormat Persuratan Undang-Undang dari Universiti Monash atas sumbangan beliau dalam pelbagai bidang dan juga sebagai pemimpin Malaysia.

Najib berkata, sebuah bank tempatan ANZ Banking Group berminat meningkatkan pegangan mereka dalam Kumpulan AmBank (Arab Malaysian Bank) yang kini berjumlah 23 peratus, manakala sebuah syarikat aluminium Rio Tinto berminat membuka kilang melebur aluminium di Sarawak.

"Sebuah syarikat gas (LNG) di Queensland pula turut mempelawa Petronas untuk meningkatkan pelaburannya di Queensland. Petronas kini mempunyai saham berjumlah 20 peratus dalam syarikat itu dan beberapa syarikat lain turut menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia termasuk dalam industri mengeluarkan peralatan perubatan," katanya.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari anjuran Universiti Melbourne, Najib berkata kerajaan akan terus melabur dalam bidang pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai rakyat berbakat bagi menjayakan transformasi ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi.

Perdana Menteri berkata, pendidikan bukan satu perbelanjaan, tetapi ia adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang bagi membolehkan negara mempunyai rakyat yang mampu membantu memajukan negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki dakwa ‘isteri’ mati jatuh bilik air ditahan

Posted: 04 Mar 2011 03:33 PM PST

Nasional

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang membuat laporan polis kononnya 'isterinya' mati akibat terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Taman Sejati Indah di sini, pagi semalam, akhirnya diberkas selepas tembelangnya pecah.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek bergaduh dengan 'isteri' yang sebenarnya teman wanita, lalu disyaki memukul kepala mangsa dengan objek tumpul hingga menyebabkan kematian wanita terbabit.

Lelaki itu ditahan kira-kira jam 9 pagi semalam selepas dia datang ke Balai Polis Sungai Petani, di sini untuk membuat laporan mendakwa 'isterinya' mati akibat terjatuh dalam bilik air. Bagaimanapun, polis mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila lelaki terbabit memberi maklumat mengelirukan ketika disoal siasat, lalu bertindak menahan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata sebaik lelaki itu ditahan, sepasukan anggota polis pergi ke rumah suspek untuk menyiasat dan menemui mayat seorang wanita dikenali sebagai K Magapulie, 33, terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul objek keras.

"Hasil soal siasat mendapati berlaku pergaduhan antara suspek dengan mangsa iaitu teman wanitanya pada kira-kira jam 4 pagi dan selepas itu, suspek keluar dari rumah.

"Tidak lama selepas itu, suspek pulang dan membuat laporan di balai polis pada jam 9 pagi mendakwa 'isterinya' mati kerana terjatuh dalam bilik air. Hasil siasatan juga mendapati mereka belum berkahwin dan mempunyai seorang bayi lelaki yang berusia tiga bulan," katanya di sini, semalam.
Mohd Zakaria berkata, ketika pergaduhan itu, suspek dipercayai memukul kepala mangsa dengan objek tumpul sehingga menyebabkan wanita itu mati.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan