Berita Harian: Mutakhir |
Teoh mungkin tertekan selepas disoal 5 jam: Pegawai SPRM Posted: 09 Mar 2011 03:19 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Suruhanjaya siasatan kematian Teoh Beng Hock diberitahu hari ini, bahawa setiausaha politik Exco Selangor itu mungkin berasa tertekan selepas melalui proses siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih daripada lima jam.Penolong Penguasa SPRM Selangor, Mohd Ashraf Mohd Yunus, berkata beliau dapat menyelami perasaan itu memandangkan Teoh adalah orang awam. Mohd Ashraf berkata, beliau pernah melalui siasatan dengan pihak polis berhubung kematian Teoh tetapi boleh menghadapinya dan tidak marah cuma beliau berasa letih. Beliau berkata demikian selepas ditanya beberapa kali oleh pengerusi suruhanjaya itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen, berhubung perasaan Teoh selepas dipanggil memberi keterangan kepada SPRM pada 6 petang 15 Julai 2009 dan tamat pada 12.30 malam 16 Julai.Teoh juga diminta menunggu beberapa jam selepas itu. Foong:" Jika kamu dalam keadaan Teoh malam itu, di mana kamu datang jam 6 petang, tunggu kamu dan Arman Alies (penyiasat SPRM), semak dokumen dan juga tunggu sampai 5 pagi, boleh kamu rasa keadaan dia?" Mohd Ashraf:"Tidak boleh."
Mohd Ashraf: "Saya hanya rasa letih, tidak marah sebab itu arahan polis supaya bekerjasama." Foong: "Itu kamu yang diberi latihan untuk menyisat tetapi Teoh orang biasa yang diminta masuk ke bahagian siasatan kali pertama, apa rasa dia, ditahan beberapa jam?" Mohd Ashraf:"Itu boleh rasa." Foong: "Kalau kamu Teoh, apa kamu akan rasa." Mohd Ashraf: "Jika begitu kita akan rasa tertekan." Pada awal prosiding, Mohd Ashraf memberitahu suruhanjaya itu bahawa beliau dan beberapa pegawai SPRM lain disoal siasat oleh pihak polis selama 12 jam pada 17 Julai. Suruhanjaya siasatan itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T S Nathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lalu, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka" berhubung kes itu. Mohd Ashraf, yang juga saksi ke-20, berkata bahawa sepanjang berkhidmat selama lima tahun, beliau sudah mengikuti beberapa kursus dan dilatih selama enam bulan sebagai penyiasat. Bagaimanapun, beliau hanya didedahkan cara menyiasat saksi dan suspek selama dua jam saja bagi tempoh latihan enam bulan itu dan tidak diberitahu kemungkinan-kemungkinan saksi mahu membunuh diri. Menceritakan berhubung sembilan aduan yang dibuat beberapa suspek terhadapnya, Mohd Ashraf berkata, beliau tidak pernah dikenakan tindakan oleh SPRM berhubung aduan itu. Katanya, antara aduan itu adalah berkaitan cara penyiasatannya sama ada menggunakan tangan, menampar atau menggunakan apa-apa objek. Ditanya oleh Foong sama ada beliau mengasari suspek, Mohd Ashraf berkata: "Tidak." Beliau berkata, bahawa Teoh pada awalnya duduk dalam keadaan bersandar dan tenang tetapi selepas ditunjukkan empat invois yang mempunyai tandatangannya (Teoh), Teoh tidak lagi berkeadaan sedemikian sebaliknya duduk dalam keadaan tegak. Katanya, Teoh juga banyak berdecap (kerana kehairanan) ketika soal siasat itu tanpa memandang ke arahnya. Ketika di pantri pula, katanya, Teoh tidak memandang wajahnya ketika diberikan air dan gelas. Prosiding disambung esok. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kerajaan pastikan kenaikan harga minyak tidak jejas permintaan: Najib Posted: 09 Mar 2011 02:41 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mengambil langkah memastikan kenaikan harga minyak mentah akan membolehkan permintaan tinggi penggunaan domestik berterusan, terutama sekali di segi penggunaan dan pelaburan swasta.Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan akan diambil jika harga tenaga itu terus meningkat di atas paras kritikan dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global. "Pelaburan sektor swasta sudah turun sejak beberapa tahun lalu tetapi dengan pengenalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat," katanya selepas taklimat dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Katanya, kerajaan komited mengenai program rasionalisasi sabsidi tetapi akan ia dilaksanakan secara perlahan-lahan dan disasarkan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan."Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global," katanya. Peningkatan berterusan inflasi, katanya, akan terus memberi kesan terhadap pengguna. Krisis hutang kedaulatan, menurut beliau, masih boleh diuruskan.
Menurut Najib, ia akan memberikan tambahan RM4 bilion pada tahun ini untuk menyediakan sabsidi pada harga semasa jika tidak dilakukan penyelarasan harga petrol. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan