Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 12 Mar 2011 03:15 PM PST MukaDepan Pasukan tunggu kebenaran mendarat laksana operasi bantuan di JepunPEKAN: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) termasuk lapan anjing pengesan dihantar bagi membantu operasi mengesan dan mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian gempa bumi yang melanda negara Matahari Terbit itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata seramai 15 anggota SMART serta beberapa doktor dan pembantu perubatan menyertai pasukan itu bersiap sedia untuk berlepas dengan menaiki dua pesawat Charlie C130. Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih menunggu kebenaran untuk mendarat di negara berkenaan yang mempunyai kaitan dengan kejadian letupan loji nuklear semalam."Ini sebagai tanda simpati dan sokongan kita kepada kerajaan dan rakyat Jepun bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun," katanya selepas mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan, dekat sini, semalam. Mengenai keadaan rakyat Malaysia di negara itu, Perdana Menteri berkata, laporan Wisma Putra yang diterimanya menunjukkan semua rakyat termasuk pelajar Malaysia terselamat daripada bencana berkenaan. Ditanya jika kerajaan akan membawa pulang rakyat negara ini berikutan kebimbangan kebocoran reaktor nuklear, Najib berkata, ia bergantung kepada maklumat dan nasihat Kerajaan Jepun. Katanya, ia dilakukan menerusi skim subsidi yang membolehkan harga barangan yang dijual paling rendah di rantau ini, menambah bekalan barangan, memantau peniaga dan menggalakkan persaingan yang kompetitif di kalangan industri yang dilihat mampu mengurangkan harga barangan. "Kita tidak mahu inflasi terlalu tinggi, kalau dalam keadaan dua peratus atau dua setengah peratus itu boleh bertahan lagi," katanya. Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab, berkata kebenaran Kerajaan Jepun itu penting kerana mereka tidak mahu dianggap tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini ke atas anggota SMART. Beliau berkata, pasukan 47 anggota membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bomba dan Penyelamat (Bomba) dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan selain lapan anjing K9 itu bersiap sedia untuk berlepas pada bila-bila masa. Katanya lagi, pasukan ATM dan Bomba akan menjalankan kerja mencari dan menyelamat sebelum 15 anggota SMART mengeluarkan mangsa yang dikesan, manakala tujuh pegawai perubatan akan merawat mangsa. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenHASHIMAH OTHMAN SYUKUR ATAS KEPRIHATINAN PM DATUK NAJIB MENGHANTAR ANGGOTA KESELAMATAN MEMBANTU MANGSA TSUNAMI DI JEPUN AMAT DI BANGGA KN. mat cikaro SAYA TERINGAT KATA PEGAWAI SAYA DULU...NAK BANTU BIARLAH BERPADA DAN BOLEH MERINGANKAN BEBANAN ORANG YANG HENDAK KITA BANTU....apa lah boleh 15 orang ni buat untuk membantu menyelesaikan masalah kemusnahan tsunami di jepun itu....saya pun tak tahu di celah mana untuk menempatkan 15 orang ni.... bantulah agar orang yang kita bantu itu merasa senang menerimanya....hantarlah ramai lagi dato....baru boleh angkat masa nak ubah keretax tu...fikir-fikirkan lahhhhhh M Ridzman Malaysia setandingan dengan kepakaran dari negara luar bila ada kejadian sebegini. Syabas.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Warga akademik IPT usah terlalu berpolitik: Najib Posted: 12 Mar 2011 02:38 PM PST MukaDepan NAJIB melancarkan Projek Green Tech UMP ketika lawatan rasmi ke universiti berkenaan, semalam. Turut memerhati, Mohamed Khaled, Adnan, Shaifuddin, Mohd Hilmey dan Dr Daing Nasir (kiri). "Jangan terlalu banyak sangat politik... sampai masa nak lantik Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor begitu banyak surat layang dan sebagainya saya terima. Saya lihat penyakit politik di universiti ini kadang-kadang lebih hebat daripada nak pilih calon pilihan raya. "Ini budaya tak sihat di universiti dan saya rasa malu kalau sikap warga universiti lebih kepada politik daripada tugas utama mengajar anak-anak kita jadi orang baik, pandai, cukup ilmu, hebat dan mempunyai minda terbuka," kata Perdana Menteri. Beliau berucap demikian pada majlis lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan, di sini semalam. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalannya, Datuk Shaifuddin Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib dan Naib Canselor UMP, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.Najib mengesyorkan UMP menjadi universiti teknikal dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada disiplin itu dan menjadikan Hochscule Karlsruhe Technic Und Wirtschaft (HsKA) atau Universiti Karlsruhe di Jerman sebagai model. Perdana Menteri turut melancarkan projek teknologi hijau UMP yang dibangunkan secara usaha sama di antara anak syarikat universiti itu, UMP Green Technology Sdn Bhd dan Urban Environment Industries Sdn Bhd, membabitkan pembangunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai. Terdahulu ketika berucap merasmikan Program Sambutan Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan di Pekan Riverfront, Najib berkata, cabaran dan isu berkaitan air perlu ditangani sebaik mungkin oleh semua pihak, terutama tiga isu, iaitu air berlebihan sehingga banjir, kekurangan air punca kemarau dan kualiti air. Pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan dan Penyampaian Bantuan kepada Cawangan UMNO Pekan pula, Najib yang juga Presiden UMNO dan berharap pemimpin akar umbi parti berinteraksi dengan pengundi dan rakyat. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmazni yamat bermula dari PASTI atau tadika, sek.rendah,sek.menengah,Metrikulasi hinggalah ke IPT/IPTS-kebanyakkan guru2/pensyarah2 suka benar berpolitik,menghentam kerajaan dan dasar2 pembangunan negara.Para murid/siswa/siswi adalah sebagai pendengar muda akan menerima apa saja suapan mereka. Wajar benar jika PM memberi maklum dan mengambil tindakan serius mengenai perkara ini yang sudah lama ujud.Cara menanam dan mencambahkan ideologi membenci kerajaan ini amat tidak wajar sekali.Sikap inilah yg melahirkan mereka yang tidak mengenang budi dan bersyukur dengan apa kemudahan dan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan. Yangretibase Setuju. Tapi kalau nak kuat berpolitik juga, silakan dengan syarat politiking yang menguntungkan kami. Pakai Lebai Kepada Pembangkang mahupun pihak Kerajaan.. Tolong hentikan pelacuran akal mahasiswa sekarang. Kami Mahasiswa ingin kebebasan berfikir bukan mengikut rentak senario politik sekarang.! zul sapa yang suruh....masuk sekolah cakap parti, masuk universiti cakap parti.. IPTA pensyarah mmg byk politiking... kalu jawatan tnc kosong, suma pn nak gila.. student terbiar.. intai apa bezanya guru sekolah dengan tenaga pengajar ipt? intai rasa guru lebih dekat dalam memberi pendidikan dari tenaga pengajar ipt. zzr Dipetik dari peristiwa yang pernah dilalui oleh bapa imam Abu Hanifah: Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapanya. "tuan, bagaimana tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?" jawab bapa Imam Abu Hanifah: "Aku mendidik anakku 40 tahun sebelum beliau dilahirkan." Mungkin inilah yang dikatakan orang Arab dalam satu syair: " Kaifama takun yakun abna'aka " yang bermakna bagaimana kamu hari ini,begitu pulalah anak-anakmu pada masa hadapan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan