Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 07 Mar 2011 01:57 PM PST MukaDepan TUANKU Mizan berangkat pulang selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-12, di Dewan Rakyat, semalam. Turut kelihatan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Effendy Rashid KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat tidak membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara yang tidak wajar, sebaliknya mahu semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Baginda juga mahu kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak, serta kepentingan sah kaum lain meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak dipersoalkan bagi mengelakkan perpecahan. "Walaupun Islam agama Persekutuan, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Malah, hari perayaan agama yang ada penganut teramai dijadikan hari cuti umum. "Ini menunjukkan amalan kesederhanaan dan keterangkuman seperti dianjurkan oleh Islam sudah diamalkan dengan subur di negara ini," titah baginda yang memandang serius kecenderungan pihak tertentu memainkan isu sensitif dan berbaur perkauman.Baginda bertitah demikian dalam Titah Ucapan Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-12, di Dewan Rakyat, semalam yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Dewan Rakyat akan mula bersidang esok sehingga 7 April depan. Terdahulu, Seri Paduka memeriksa barisan Kawalan Kehormatan di Dataran Parlimen, manakala Bendera Diraja dikibarkan dengan disertai tembakan meriam sebanyak 21 das. Selain itu, Tuanku Mizan menyeru semua pihak sentiasa mengekalkan keharmonian dan maruah negara dengan menjadi warga yang bijak, bertanggungjawab serta tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan. Sambil menekankan perbuatan memfitnah boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan perbuatan amat tercela serta dilarang oleh semua agama, baginda mahu rakyat mengambil iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah. Seri Paduka juga mengingatkan tingkah laku Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat sentiasa diperhatikan dan menjadi teladan kepada masyarakat. "Justeru, pamerkan tingkah laku terpuji, berbahas dengan tertib, sumbang pemikiran bernas, laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan dan utamakan kepentingan rakyat. Ingatlah, rakyat sentiasa menuntut perkhidmatan terbaik daripada setiap pemimpin yang mereka pilih," titah baginda. Mengenai peranan Malaysia di peringkat antarabangsa, Tuanku Mizan bertitah, Malaysia akan terus memberi sumbangan untuk mencapai keamanan sejagat dan baginda gembira dengan sambutan menggalakkan daripada negara utama dunia terhadap pendekatan Gerakan Global Ke Arah Kesederhanaan yang diketengahkan Perdana Menteri. Baginda juga tertarik dengan kerjasama strategik polis serta tentera dalam menangani jenayah dan menyifatkannya sebagai petanda positif yang akan membawa manfaat besar kepada rakyat dan negara. Mengenai krisis makanan global yang menyebabkan Malaysia terdedah kepada kenaikan harga barang yang di luar kawalan kerajaan, baginda menasihati rakyat supaya lebih bersedia menghadapi fenomena itu. "Jadilah pengguna bijak, amalkan perbelanjaan berhemat dan berusaha melindungi kepentingan sendiri dengan tidak terlalu bergantung kepada perlindungan kerajaan. Namun, kerajaan amat prihatin terhadap keresahan dan kesusahan rakyat dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM10.3 bilion dalam bentuk subsidi bagi membolehkan rakyat memperoleh barang keperluan asasi seharian pada harga berpatutan," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenYangretibase Ampun Tuanku, Tuankulah PAYUNG negara. Tolonglah rakyat Tuanku. Ampun Tuanku. nazzman Betul apa yang dititahkan Baginda ahli parlimen kita bila bersidang seperti budak tadika,menjerit sana menjerit sini.Bila melihat sikap ahli parlimen begitu tertanya dalam diri'inikah wakil yang dipilih oleh rakyat?'
tiada nama btul3...kerana fahaman politik semua sanggup melakukan fitnah dan mengeruhkan keamanan negara.. ziz Betul dan tepat masa titah Baginda Yang Dipertuan Agong. Ia ditujukan kpd orang-orang politik yg 'banyak dan hebat bercakap', yg tidak semestinya tepat, benar. Mereka dalam badan-badan NGO tertentu juga yg nak jadi jaguh, pada hakikatnya lebih mengeruhkan keharmonian. Disaran mereka ini bila bercakap hendaklah dgn ilmu dan teliti, perbuatan betul, tidak langgar lunas-lunas agama seperti rasuah, salah guna kuasa, fitnah, pengikut pula kasar cakap kasar perbuatan. Malu orang-orang melayu 'islam' tidak dapat menjadi contoh teladan. di luar sana Yg menilai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan