Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 01 Mar 2011 02:53 PM PST MukaDepan SUNGAI BESI: "Jangan heret pasukan tentera ke kancah politik kerana kami bersifat berkecuali dan hanya bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara," kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin (atas). Beliau juga menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan isu pembelian kelengkapan ketenteraan dan aset pertahanan negara kerana tindakan sedemikian dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan negara. Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerusi blognya mendakwa pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPC) oleh Kementerian Pertahanan dengan kos RM6 bilon, lebih mahal daripada negara lain.Berikutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menuntut wakil rakyat DAP itu membuat laporan rasmi kepada agensi itu, sebaliknya beliau menolak permintaan itu. Zulkifeli turut menyangkal dakwaan pasukan tentera tunduk kepada tekanan politik. "Tentera tidak campur tangan langsung dalam urusan politik negara, namun menyokong sepenuhnya kepada kerajaan memerintah yang dipilih rakyat. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak ambil tahu pasal soal politik negara atau antarabangsa. Beliau sebelum itu menghadiri Perbarisan Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini, semalam. Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi. Zulkifeli berkata, berikutan ancaman keselamatan yang sentiasa berubah berikutan pembangunan dan kemajuan negara, tentera darat juga sentiasa membuat pembaharuan dari segi latihan dan peralatan ketenteraan untuk memantapkan keupayaannya. "Berikutan banyak projek pembangunan bandar baru di seluruh negara, landskap latihan ketenteraan kita turut berubah bagi memahirkan anggota kita bertempur dalam suasana itu sekiranya berlakunya sesuatu ancaman yang mampu menggugat keselamatan negara. "Kita sentiasa mencari pendekatan baru untuk melatih anggota kita, antaranya menggunakan simulasi lapangan tempur berupa sebuah pekan atau bandar kecil," katanya. Dalam perutusannya pula, Zulkifeli menegaskan tentera darat sentiasa melakukan persiapan dari segi keupayaan tempur agar sentiasa berada di tahap tertinggi persediaan melaksanakan tugas yang digalas pasukannya. Untuk memastikan matlamat itu tercapai, katanya, elemen terpenting yang dititikberatkan adalah menjaga kebajikan anggotanya untuk menjadikan mereka tentera yang bermotivasi, produktif dan bersedia untuk bertempur pada bila-bila masa. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenDINO Selamat menyambut Hari Tentera Darat untuk Warga tentera Semua.Jasa dan pergorbanan anda amat dihargai semoga Allah merahmati. yotokuu Bergitulah sepatutnya..tentera untuk melindungi rakyat dan negara bukannya untuk memerangi rakyat sendiri.tentera dibayar gagi oleh rakyat.tiada rakyat tiada tentera dan kerajaan.kalu ada tentera yang memerangi rakyat sendiri walaupun apa alasannya seperti di Libya baik cincang saja pagawai pemerentah tertinggi tentera tersebut. abdul hadi manshor ye pihak ygtidak bertangunggujawab dalam mengheret tentera dalam kincah politik harus dihukum Othman Sitlin Kelengkapan persenjataan pihak pasukan keselamatan khususnya tentera mmg perlu dipertingkatkan seiring dgn keadaan dan keperluan semasa.Kewaspadaan dan kesiapsediaan dlm bidang pertahanan utk menghindari ancaman dari dalam dan luar. cyberkerisz Teruskan berjuang kepada semua anggota tentera Darat dan semua warga ATM. Jalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab agar negara tidak diganggu oleh anasir-anasir durjana. "Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada" rohana bt taib semuga tentera malaysia tetap utuh dan maju dalam segala bidang. demi memakmurkan kedaulatan negara, mestilah sentiasa bersedia. khunshikang saya rasa pegawai2 atasan tentera pun perlu fit dan tidak over weight (memunyai BMI unggul).Dari apa yg saya lihat,sebahagian besar pegawai2 atasan tentera berbadan gempal / over weight.fikir2kan la.. Hj shari Jangan ganggu tentera dengan isu-isu politik, ahli politik perlu berhati-hati jangan cuba mengambil kesempatan segala hal untuk kepentingan politik kumpulan masing-masing. kai bodohnya tony pua..
Mawar Teruskan memperlengkapkan peralatan moden untuk kepenteingan rakyat dan negara. Pembangkang hanya pandai bercakap sahaja kerana mereka BODOH tak tahu jaga keselamatan Negara. Syabas dan Tahniah kepada ATM yang menjaga keamanan Negara. Nizam Semoga Pasukan keselamatan negara kita khususnya Tentera Darat akan terus maju dan standing dengan pasukan lain di rantau ini bagi menjamin kestabilan dan kedaulatan negara tidak dipandang rendah malah mampu diancam oleh kuasa-kuasa lain di rantau ini. Rakyat Malaysia mahukan yang terbaik untuk Pasukan Keselamatan yang bermati-matian berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Sedia Berkhidmat. Gagah Setia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kerajaan pinda akta untuk halalkan skim 'kutu' Posted: 01 Mar 2011 10:50 AM PST MukaDepan PENDANG: Peserta permainan 'kutu' yang sebelum ini terdedah kepada penipuan, akan dilindungi undang-undang apabila kerajaan meminda Akta Perniagaan Jualan Langsung (MLM) bagi menghalalkan skim itu.Draf pindaan akta yang sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk dikaji itu juga akan dapat membanteras sebarang bentuk penganiayaan terhadap pengguna selain menjadi salah satu cara mencegah orang ramai terbabit skim cepat kaya. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim, berkata pindaan itu akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang. Pada masa ini tiada perlindungan bagi mereka yang menyertai skim kutu itu dan terdedah kepada penipuan serta penganiayaan oleh pihak tidak bertanggungjawab."Kementerian memandang serius permainan ini kerana ia membabitkan sehingga jumlah wang yang besar selain tiada akta khususnya yang melindungi kepentingan pesertanya. "Saya berharap akta itu dapat dibentangkan ke Kabinet tahun ini supaya permainan tersebut sah di sini undang-undang sebagai salah satu cara mencegah orang ramai terbabit dengan skim cepat kaya," katanya selepas merasmikan seminar Koperasi Wanita Peringkat Negeri di sini, semalam. Pada 15 Oktober tahun lalu, empat ejen sebuah syarikat pelaburan wang kutu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu yang dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 pada 2008. Sementara itu, Rohani berkata, kementerian juga merancang meminda undang-undang berkaitan aktiviti tarik kereta yang sering menimbulkan masalah di kalangan pengguna. Katanya, melalui undang-undang berkenaan penarik kereta mestilah berdaftar mengikut sistem tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan kerja secara lebih telus dan berhemah. "Kita dengar banyak rungutan tukang tarik kereta yang bersikap seperti samseng hingga ada kereta yang pinjamannya sudah dilunaskan sebanyak 75 peratus, ditarik secara tidak berhemah. "Melalui undang-undang ini, kita tidak benarkan hal ini berlaku dan kita akan memastikan ia lebih tertib tanpa membabitkan sebarang kekasaran terhadap pengguna," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan