Jumaat, 18 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Wujudkan Kompleks Bebas Cukai

Posted:

Wujudkan Kompleks Bebas Cukai

Wujudkan Kompleks Bebas Cukai

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) menerima replika cek biasiswa daripada Richard Ong pada Majlis Penyerahan Biasiswa Pendidikan Smart Reader Kids untuk Yayasan Tuanku Syed Putra di Kuala Perlis, kelmarin. Turut berangkat, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua dari kanan).


KANGAR 17 Mac – Kerajaan Pusat diminta mempertimbangkan untuk membina sebuah Kompleks Bebas Cukai di Kuala Perlis di sini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kompleks itu nanti berkonsepkan 'Beli di Langkawi dan Ambil di Kuala Perlis'.

Titah baginda, konsep tersebut bagi memberi nilai tambah agar wujud situasi menang-menang kepada pelancongan Langkawi, Kedah dan Perlis.

"Para pelancong boleh mengambil barangan yang dibeli di gudang-gudang khas yang memenuhi piawaian pihak kastam dan juga agensi yang terlibat," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis penyerahan Biasiswa Smart Reader Kids untuk Yayasan Tuanku Syed Putra yang turut dihadiri oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Kompleks Makanan Laut di Kuala Perlis, semalam.

Baginda bertitah, prasarana pelancongan di pekan Kuala Perlis yang merupakan salah satu pintu masuk utama ke Langkawi juga perlu dipertingkatkan.

"Beta berharap kerja-kerja menaikkan taraf jeti penumpang sedia ada melalui peruntukan RM5 juta dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh hendaklah mempunyai reka bentuk dan kemudahan yang mesra pengguna dan bertaraf antarabangsa," titah baginda.

Selain itu baginda bertitah, hab pengangkutan yang menghubungkan semua sistem pengangkutan di pekan berkenaan juga perlu lebih praktikal dan efisien.

Dalam pada itu, baginda bertitah, semua peniaga makanan di Kuala Perlis perlu meningkatkan kualiti makanan yang dihidangkan dan dipasarkan.

"Selain menjaga tahap kebersihan dan perkhidmatan, para peniaga juga perlu menetapkan harga yang berpatutan terhadap makanan yang dijual," titah baginda.

Sementara itu pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide, Dr. Richard Ong berkata, biasiswa bernilai RM78,124 diperuntukkan kepada 20 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan untuk mengikuti pendidikan selama setahun di pusat Smart Reader Kids di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ais kacang salji Simpang Empat halus, enak

Posted:

Ais kacang salji Simpang Empat halus, enak

Ais kacang salji Simpang Empat halus, enak


Hazwani Jamaludin menunjukkan kepakaran menghasilkan ais kacang yang sedap di kedainya di Simpang Empat, Alor Setar.


ALOR SETAR 17 Mac - Cuaca panas terik ketika ini pasti membuatkan kita dahaga dan bagi menghilangkannya alangkah enak jika dapat menikmati semangkuk ais kacang.

Gerai menjual ais kacang memang banyak terdapat di merata-rata tempat di Kota Setar, namun kelainan ais kacang yang dijual di gerai milik Hazwani Jamaludin, 28, membuatkan ramai peminat ais kacang akan kembali menikmatinya.

'Ais kacang salji' adalah nama yang sering dipanggil oleh para pelanggan selepas merasai keenakan ais kacang di gerai Hazwani yang terletak di Simpang Empat di sini.

Kehebatan dan kelainan ais kacang salji yang diperkenalkan oleh arwah bapa Hazwani, Jamaludin Alang sejak 40 tahun lalu itu terletak pada ais yang dikisar halus.

Selain itu, bahan penambah rasa untuk ais kacang itu seperti agar-agar, kacang merah dan sirap yang dibuat sendiri oleh pemiliknya sejak dari dahulu.

Hazwani yang membesar dengan hasil perniagaan bapanya menjual ais kacang, juga terus memilih untuk meneruskan tradisi keluarganya berniaga ais kacang salji biarpun mempunyai ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat dari Universiti Malaya (UM).

Menurut Hazwani, sebaik sahaja tamat pengajian dia terus memilih untuk berniaga ais kacang di gerai milik bapanya bersama kakaknya, Norhafiza Jamaludin, 33.

"Sejak kecil saya sudah biasa menolong bapa berniaga ais kacang dan minat berniaga timbul perlahan-lahan di dalam diri.

"Sekarang saya memang tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Dengan pengetahuan dalam bidang IT yang saya perolehi dahulu, saya bercadang untuk mempromosikan ais kacang salji ini melalui Internet," ujarnya ketika ditemui di gerainya di Simpang Empat di sini.

Bagi menghasilkan ais yang halus katanya, mata pisau untuk mengisar ais itu perlu diasah setiap hari supaya benar-benar tajam.

"Ais yang halus lebih sedap dimakan dan itulah rahsia mengapa ais kacang yang diperkenalkan oleh bapa saya mampu bertahan lama.

"Ais kacang kami lebih halus dan bahan-bahan untuk dimakan bersama ais kacang juga tidak perlu banyak. Cukup sekadar kacang merah, agar-agar dan jagung manis," katanya.

Jelasnya, rasa ais kacang yang diperkenalkan oleh ayahnya itu juga tidak pernah berubah sejak dahulu, cuma harganya berubah selaras dengan ekonomi semasa.

"Semasa mula-mula ayah saya berniaga ais kacang salji ia dijual dengan harga 50 sen sahaja semangkuk, tetapi kini saya terpaksa menjual ais kacang ini dengan harga RM2 kerana harga bahan-bahan mentah semakin mahal.

"Selain ais kacang salji, saya juga menjual bihun sup dan pelbagai makanan lain yang sesuai untuk dimakan bersama-sama ais kacang ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MBAS buru peniaga haram

Posted:

MBAS buru peniaga haram

MBAS buru peniaga haram

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Para peniaga bergotong-royong membersihkan sekitar Pasar Besar Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 17 Mac – Kehadiran peniaga haram di pasar besar dekat sini, terutama tindakan mereka menjual barangan pada harga jauh lebih rendah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peniaga berlesen.

Tindakan tersebut juga dikatakan menggugat periuk nasi peniaga di situ yang perlu menanggung pelbagai kos lain termasuk membayar sewa bulanan.

Menyedari keluhan peniaga terlibat, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini giat menjalankan operasi pembersihan memburu peniaga haram terbabit.

Menurut Ketua Bahagian Pengurusan Pasar MBAS, Azizan Mohd. Zin, sejak Januari lepas, 15 peniaga haram di kawasan itu berjaya dikesan dan dikenakan kompaun.

"Penguatkuasaan ini dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil Pasar/Sehari demi membela nasib peniaga di pasar tersebut.

"Apatah lagi peniaga-peniaga tanpa lesen ini dikatakan menggugat pendapatan peniaga di situ kerana mereka sengaja menjual barang pada harga lebih rendah kerana tidak menanggung kos lain," katanya pada majlis gotong royong bersama peniaga di pasar besar tersebut di sini hari ini.

Perasmian majlis itu yang dihadiri oleh lebih 100 peserta termasuk peniaga, kakitangan MBAS dan pekerja syarikat menguruskan sisa pepejal, E-Idaman Sdn. Bhd. itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Mohd. Nasir Mustafa.

Menurut Azizan lagi, MBAS akan giat menjalankan operasi tersebut dari semasa ke semasa dalam usaha mengesan peniaga tanpa lesen ini.

"Ia sebagai bertindak adil kepada peniaga yang mempunyai lesen dan hasil operasi sebelum ini Pasar Besar Alor Setar ini sudah bebas daripada peniaga haram jadi kita akan giat melaksanakan operasi ini lagi," katanya.

Menyentuh tentang program tersebut kata Azizan, ia dijalankan sebagai memupuk semangat cintakan kebersihan di kawasan berkenaan.

"Acara seperti ini akan diperluaskan ke kawasan lain iaitu yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar besar ini demi memberi keselesaan kepada pelanggan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Nasir turut menegur sikap peniaga yang mengabaikan kebersihan memandangkan ia amat penting demi menjaga persekitaran.

"Usaha menjaga kebersihan ini harus digembleng bersama oleh semua warga pasar ini jangan cuma memikirkan untuk menjual barang sahaja kerana apabila pasar kita bersih ia akan terus menjadi tumpuan orang ramai," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan