Selasa, 15 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Terbit buku rangsang minda – PM

Posted:

Terbit buku rangsang minda – PM

Terbit buku rangsang minda – PM

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah tiba masanya bagi penerbit-penerbit buku di negara ini untuk mengeluarkan buku yang bermakna dan mampu merangsang minda selain dapat dibanggakan di persada antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, penerbit-penerbit buku juga disarankan supaya tidak hanya berpuas hati dengan sekadar menghasilkan buku ulang kaji, cerita hantu, cerita-cerita skandal lucah mahupun bacaan ringan semata-mata.

Menurut beliau, ia amat bertepatan dengan hasrat kerajaan kini yang menekankan aspek modal insan yang berkaliber dan bertaraf global.

''Dan dengan semangat 1Malaysia, saya percaya penghasilan buku berprestij seperti buku Tiang Seri Negara ini akan menjadi satu khazanah intelek negara dan menjadi sumber rujukan pelajar serta dapat mempertingkat integriti sekali gus memperkukuhkan jalinan perpaduan sesama kita," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku Tiang Seri Negara, Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Taman Perdana Diraja di sini hari ini.

Teks ucapan Najib dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Najib dalam pada itu berkata, secara individu dan bagi pihak kerajaan beliau amat mengalu-alukan buku Tiang Seri Negara, Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang boleh meningkatkan darjat dan identiti negara serta memperkasakan institusi dan sistem pemerintahan beraja berperlembagaan di mata dunia.

Perdana Menteri berharap supaya agensi-agensi kerajaan dan swasta dapat melengkapkan koleksi mereka dengan buku Tiang Seri Negara agar ia dapat diakses oleh pegawai eksekutif dan warga kerja masing-masing.

Najib menarik perhatian, beliau difahamkan bahawa daripada simpanan buku yang terdapat di Perpustakaan Negara yang berjumlah 290,000 itu tidak sampai 500 judul yang berkaitan dengan Raja-Raja, Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Yang di-Pertuan Agong.

''Saya menekankan hal ini kerana saya dapati penerbitan ini boleh menyemai dan memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan institusinya.

''Dengan cara ini juga, kita boleh memperkuatkan rasa penghormatan dan kemegahan di kalangan rakyat agar tidak timbul gejala-gejala yang kurang manis berkaitan institusi ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuanku Mizan lancar buku legasi Yang di-Pertuan Agong

Posted:

Tuanku Mizan lancar buku legasi Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Mizan lancar buku legasi Yang di-Pertuan Agong


TUANKU Mizan Zainal Abidin menerima cenderamata daripada Azizah Mokhzani pada pelancaran buku Tiang Seri Negara, Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 sambil disaksikan Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama


KUALA LUMPUR 14 Mac -- Rakyat berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat keperibadian serta legasi kesemua 13 Yang di-Pertuan Agong yang bersemayam di negara ini menerusi penerbitan buku bertajuk Tiang Seri Negara, Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menyempurnakan pelancaran buku tersebut di Taman Perdana Diraja di sini.

Buku tulisan Datin Azizah Mokhzani dan diterbitkan Arus Intelek Sdn. Bhd. itu mengisahkan keperibadian, sumbangan dan legasi kesemua 13 Yang di-Pertuan Agong yang bersemayam sejak negara merdeka pada 1957.

Buku yang mengandungi 352 halaman itu turut memaparkan 620 keping gambar termasuk 415 gambar bersejarah dan yang dirakamkan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Sultan Zainal Abidin yang memenangi pertandingan Internationale de I'art Photograpique di Switzerland.

Penerbitan buku itu dibarisi panel penasihat yang arif dalam sejarah sistem pemerintahan beraja negara antaranya Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Dr. Arshad Ayub, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin, Tan Sri Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim dan Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali.

Ia juga telah disemak dan diperakukan oleh pihak istana di setiap negeri.

Azizah dalam ucapannya berkata, kisah kehidupan Yang di-Pertuan Agong boleh menjadi inspirasi dan pedoman kepada rakyat manakala pencapaian Seri Paduka boleh dijadikan pedoman kepada pelajar agar sentiasa mencapai kegemilangan dalam setiap bidang yang diceburi.

"Pada saya, banyak legasi dan inspirasi yang dapat dihayati daripada kisah-kisah setiap Yang di-Pertuan Agong kerana ia boleh memupuk semangat menghormati institusi yang menjadi identiti negara.

"Setiap Yang di-Pertuan Agong mempunyai keperibadian, aura dan legasi yang perlu diiktiraf dan dihargai," katanya.

Buku Tiang Seri Negara, Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 itu boleh diperoleh di kedai buku terpilih pada harga RM499 senaskhah bermula hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia sedia beri komitmen

Posted:

Malaysia sedia beri komitmen

Malaysia sedia beri komitmen

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com,my

KUALA LUMPUR 14 Mac – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam kerjasama dengan Australia berhubung isu jenayah antarabangsa.

Beliau berkata, hubungan dua hala itu akan memberi tumpuan yang lebih meluas terhadap pergerakan manusia di perairan antarabangsa.

"Kita akan membuat kerjasama yang lebih erat bukan sahaja dengan negara di sekitar kejiranan seperti Indonesia tetapi juga Australia.

"Ini berikutan, kita mempunyai ancaman yang hampir sama di setiap sempadan dan perkongsian maklumat serta penggunaan teknologi baru akan memberi ruang kepada penambahbaikan kepada setiap hubungan dua hala ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri Dalam Negeri Australia, Brandon O'Connor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, Kem Mahkota di Kluang, Johor bakal menjadi penempatan pertama bagi program perintis antara Jabatan Penjara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menguruskan banduan-banduan yang melakukan kesalahan kecil.

Tambahnya, projek yang dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kem Mahkota, Kluang, Johor, pada 27 Mac ini, dilihat mampu mengurangkan kesesakan yang dialami di penjara seluruh negara.

"Program itu juga membantu untuk mengelakkan penjenayah yang melakukan kesalahan kecil ini menjadi penyumbang terbesar jenayah berat di dalam negara.

"Ia merupakan pendekatan yang begitu berbeza apabila tentera bakal terlibat secara langsung dalam menguruskan banduan ini," katanya.

Enam kem tentera sudah dikenal pasti bagi menjayakan program itu termasuk Kem Mahkota di Kluang, Johor sebagai projek perintis yang akan mula dilaksanakan secara berperingkat, April ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, projek perintis itu turut menjimatkan wang kerajaan apabila tiada peruntukan untuk membina penjara baru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

"Dengan hanya berfikir cara berlainan, kita bukan sahaja menjimatkan lebih RM40 hingga RM60 juta untuk pembinaan penjara malah bekerjasama dengan lebih erat bersama kementerian lain.

"Kerjasama pintar secara dua hala di antara kementerian ini memberi kita kelebihan untuk berkongsi informasi serta teknologi terbaru," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, belum ada sebarang keputusan dibuat berhubung permohonan membawa masuk 45,000 pekerja asing, terutama dari India bagi menampung keperluan pelbagai sektor di negara

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan