Ahad, 6 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


DBKL hapuskan penalti

Posted:

DBKL hapuskan penalti

DBKL hapuskan penalti

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memulakan kerja mengecat dinding salah satu blok sebagai tanda perasmian projek naik taraf Apartmen Putra Ria di Pantai Dalam, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN


KUALA LUMPUR 6 Mac - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memansuhkan semua faedah tunggakan bayaran penyenggaraan bagi penghuni Apartmen Putra Ria di Pantai Dalam di sini yang sudah mencecah RM600,000.

Bagaimanapun, insentif khas itu hanya akan diberikan jika penghuni membayar sepenuhnya yuran penyenggaraan tertunggak itu secara sekali bayaran atau ansuran selama 12 bulan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah itu bertujuan meringankan beban penghuni yang dikenakan penalti berkenaan.

Menurutnya, bagi penghuni yang membayar yuran penyenggaraan tiap-tiap bulan tanpa tunggakan selama setahun, mereka diberi potongan 50 peratus bagi yuran bulan Disember setiap tahun.

"Selain itu, bagi penghuni yang membayar yuran itu secara sekali gus untuk tempoh satu tahun, mereka akan diberi diskaun satu bulan bayaran yuran penyenggaraan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Apartmen Putra Ria di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Perumahan DBKL, Sukiman Surahman dan Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Hassan Musa.

Menurut Raja Nong Chik, jika intensif tersebut berjaya menarik penduduk di apartmen itu untuk membayar caj penyelenggaraan mereka, maka intensif itu akan diperluaskan ke perumahan lain.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, ICU memperuntukkan sebanyak RM800,000 untuk mengecat semula apartmen tersebut yang sudah usang.

Katanya, ICU juga menyediakan pembiayaan untuk menaik taraf surau di apartmen berkenaan berjumlah RM50,000 serta RM200,000 lagi bagi menurap jalan dan menyediakan tempat meletak kereta.

"Sehingga kini, DBKL telah membelanjakan RM6 juta untuk kerja penyelenggaraan Apartmen Putra Ria termasuk penggantian bumbung bocor dan resapan, sistem pencegahan kebakaran, baik pulih lif dan pam serta kerja railing dan penutup longkang," ujarnya.

Apartmen Putra Ria yang terdiri daripada tiga blok dan mengandungi 660 unit rumah kini kelihatan usang disebabkan faktor cuaca.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dinding loji IWK jadi sasaran contengan

Posted:

Dinding loji IWK jadi sasaran contengan

Dinding loji IWK jadi sasaran contengan

KLANG 6 Mac - Salah tempat curah bakat. Itulah yang terlintas di fikiran sesiapa sahaja apabila melihat dinding di loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pandamaran Indah di sini.

Ini kerana dinding loji itu diconteng dengan pelbagai corak, lukisan dan tulisan yang tidak berfaedah oleh golongan yang boleh digelar 'seniman tanpa tauliah'.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati, hampir setiap dinding dipenuhi dengan contengan menggunakan semburan cat pelbagai warna.

Meskipun beberapa contengan itu kelihatan cantik tetapi agak mengecewakan apabila bakat seni mereka itu dicurahkan pada tempat yang tidak sesuai.

Seorang pekerja swasta, Hady Amri Zainal, 29, berkata, pengguna jalan raya di sekitar kawasan itu pasti akan dapat melihat lakaran dan tulisan menggunakan cat semburan berwarna.

"Saya sendiri tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh pelukisnya. Saya lihat ia lebih kepada aktiviti vandalisme berbanding lukisan grafiti yang biasanya cantik, kemas dan berwarna-warni.

"Mereka bukan sahaja mengotorkan dinding tetapi juga memburukkan lagi pandangan di sekitar kawasan ini dengan lukisan yang tidak bermotif," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Penduduk tempatan, Nur Ain Awaluddin, 30, berkata, lakaran itu bukan sahaja menyakitkan mata orang ramai malah memberi tanggapan negatif kepada pengunjung atau pelancong yang datang ke daerah ini.

"Pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu agar perkara ini tidak berterusan kerana ini bukan sesuatu yang baru, di samping pemantauan berkala terutama pada waktu malam juga perlu dilakukan," katanya.

Muhammad Hafiz Harun, 20, berpendapat, PBT perlu menyediakan tempat khas untuk pelukis mural mencurahkan bakat supaya mereka tidak sesuka hati membuat contengan di merata tempat.

"Mungkin dengan cara itu, ia dapat membanteras mereka daripada terus mencurah bakat di tempat yang salah sehingga menyakitkan mata yang memandang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis perlu peka masalah masyarakat

Posted:

Polis perlu peka masalah masyarakat

Polis perlu peka masalah masyarakat

PUCHONG 6 Mac - Tugas dan tanggungjawab polis kini tidak lagi sekadar mencegah jenayah tetapi juga mewujudkan persekitaran yang dianggap oleh orang ramai sebagai selamat dan tenteram.

Justeru, Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, setiap anggota polis perlu lebih prihatin serta peka terhadap permasalahan masyarakat.

Katanya, setiap anggota polis tanpa mengira pangkat dan jawatan juga perlu sering turun padang supaya dapat memenuhi kehendak masyarakat.

"Tanggungjawab itu selaras dengan peranan hakiki anggota polis untuk berada di lapangan bagi menjamin masyarakat bebas bergerak menjalankan aktiviti harian mereka dengan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat premis-premis perniagaan di kawasan berisiko berlaku jenayah di Bandar Puteri di sini sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204.

Tinjauan dan pemeriksaan serentak di dua lokasi berisiko sekitar Bandar Puteri dan Puchong Jaya itu melibatkan hampir 50orang pegawai.

Dalam gerakan pemeriksaan lebih sejam di sekitar Bandar Puteri itu, seramai empat orang pendatang tanpa izin (PATI) telah ditahan.

Menurutnya, Bandar Puteri antara lokasi yang sering berlaku jenayah ragut antara yang menjadi tumpuan dalam gerakan 'payung' polis turun padang.

Abd. Razak berkata, gerakan turun padang yang akan dijalankan secara berterusan itu akan dipantau sendiri oleh pegawai kanan polis dari IPD Serdang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan