Utusan Online - Jenayah |
Posted: Lapan terbunuh nahasOleh HAMDAN TAWADI
BATU PAHAT 19 Mac - Seramai lapan orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam empat kemalangan berasingan di daerah ini dan Kluang hari ini. Di Kluang, kereta Proton Saga dinaiki sepasang suami isteri bertembung dengan Proton Persona dipandu seorang anggota tentera pada pukul 7.45 pagi di Kilometer 9, Jalan Kluang-Teck Wah Heng. Difahamkan kereta dipandu anggota tentera itu, Norizan Musa, 33, hilang kawalan di selekoh sehingga memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dinaiki pasangan suami isteri itu. Ketika kejadian, mangsa, Muaz Abdul Rahman, 57, dikatakan dalam perjalanan membawa isterinya, Maznah Muhamed, 53, ke Stesen Bas Kluang kerana wanita itu berhasrat untuk mengunjungi rumah anak mereka di Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, Norizan dan Maznah maut di tempat kejadian manakala Muaz meninggal dunia di Hospital Kluang. Sementara itu, di Sri Medan, dua maut dalam kemalangan kira-kira 10 pagi membabitkan sebuah treler, dua lori dan sebuah kereta di Kilometer 14.5 Jalan Muar-Yong Peng. Dua yang meninggal dunia ialah pemandu lori, Mohammad Syukri Musa, 39, dari Taman Tasik Jaya, Seremban dan pemandu kereta Toyota, Selamat Maskor, 44, dari Kampung Sri Maamor, Tangkak. Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Adnan Azizon berkata, dalam satu lagi nahas, dua pemuda maut dalam kemalangan pukul 1.15 pagi di Kilometer 5, Jalan Bukit Pasir berdekatan Parit Bilal di sini apabila motosikal dinaiki mereka terbabas ke bawah lori. Adnan berkata, dua pemuda itu ialah Muhammad Herman Jehia, 23, dari Kampung Parit Haji Dahlia, Yong Peng dan Mohd. Iezwan Anuar, 18, dari Kampung Sri Wangi. Katanya, Hafedy Othman, 18 dari Kampung Parit Khalil, Ayer Hitam maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di Kilometer 28.5 Jalan Kluang tengah malam tadi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: 9 wanita asing diselamatkan
SEGAMAT 19 Mac - Jabatan Imigresen Johor menyelamatkan sembilan wanita warga asing yang dipergunakan sebagai pekerja pembersihan selama lapan tahun di sebuah rumah teres di sini hari ini. Dalam serbuan pukul 6.45 pagi itu, jabatan tersebut mendapati semua wanita berkenaan tinggal di negara ini secara haram setelah tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah. Kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 41 tahun itu mendakwa dipaksa bekerja dari pagi hingga ke malam sebagai pekerja pembersihan dengan bayaran tidak setimpal, malah salah seorang daripadanya sudah bekerja sebagai pekerja pembersihan selama lapan tahun. Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata, semua wanita itu bekerja sebagai pekerja pembersihan sambilan yang menerima tempahan melalui panggilan telefon. Menurutnya, majikan mereka mengenakan bayaran serendah RM50 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seperti mengemas rumah dan mencuci pakaian. "Hasil siasatan mendapati setiap hari mereka ini akan dihantar ke tiga hingga empat rumah mengikut tempahan daripada pelanggan walaupun caj perkidmatan dikenakan lumayan, mangsa hanya dibayar mengikut gaji pembantu rumah iaitu sekitar RM350 hingga RM400. "Majikan mereka pula mengaut untung berganda apabila menerima bayaran mencecah ribuan ringgit sehari hasil kutipan caj perkhidmatan wanita warga asing terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan