Jumaat, 25 Mac 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Video seks: Dua lelaki ditahan, lokasi rakaman dikenal pasti

Posted: 24 Mar 2011 11:21 PM PDT

Datuk Shazryl Eskay (kiri) and Tan Sri Rahim Tamby Chik telah mengaku peranan mereka dalam penyiaran video tersebut. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Dua lelaki telah ditahan berkaitan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat melanggan pelacur asing.

Timbalan Komisioner Polis Datuk Ghazali Md Amin dari Bukit Aman berkata beberapa barang yang boleh dijadikan bukti juga dirampas daripada kedua-dua lelaki berkenaan.

"Salah seorang juga berkata di mana rakaman itu dibuat dan kami telah menghantar pasukan forensik bersama pegawai penyiasat ke lokasi," kata beliau dipetik The Star Online hari ini.

Kedua-dua dibebaskan dengan diikat jamin.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mara kaji semula kursus yang kurang permintaan pasaran kerja

Posted: 24 Mar 2011 08:31 PM PDT

KUCHING, 25 Mac — Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengkaji semula kursus tawarannya yang kurang mendapat permintaan di pasaran kerja semasa, kata ahli majlis Mara, Norol Azali Sulaiman di sini.

Beliau berkata untuk memastikan pelajar tajaan Mara berpeluang mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian, beberapa penyesuaian semula akan dibuat dalam kursus yang ditawarkan agar relevan dengan kehendak industri semasa.

"Selain itu, kita turut menerapkan kemahiran keusahawanan dan kemahiran asas kepada pelajar tajaan agar mereka dapat bekerja sendiri," katanya kepada pemberita pada karnival pendidikan Mara 2011 peringkat negeri Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai contoh, kemajuan dalam beberapa bidang industri, misalnya perubatan, turut mendorong beberapa perubahan dalam kursus yang perlu ditawarkan kepada pelajar tajaan Mara.

Ketika ini, katanya, Institusi Pendidikan Mara (Ipma) termasuk bidang kemahiran kini telah mencapai 305 buah iaitu 95,911 pelajar pendidikan tinggi, pelajar menengah (111,516) dan pendidikan latihan dan kemahiran (116,780).

Norol Azali berkata seramai 312,434 pelajar tajaan Mara telahpun menamatkan pengajian sama ada di dalam mahupun luar negara manakala untuk pengambilan Julai tahun ini, Mara menawarkan sebanyak 27,347 tempat bagi pelajar melanjutkan pengajian di peringkat sijil, diploma, ijazah pertama dan sarjana.

Mengenai kegagalan pelajar tajaan Mara untuk membayar balik pinjaman, beliau berkata pihak pengurusan Mara akan meningkatkan lagi usaha dengan kerjasama beberapa agensi untuk memastikan mereka yang berkenaan membayar hutang yang masih tertunggak.

Katanya setakat ini masih ada kira-kira RM500 juta hutang tertunggak membabitkan pinjaman pendidikan dan perniagaan.

"Mara ada mengambil beberapa langkah untuk memastikan peminjam ini membayar balik hutang seperti sekatan perjalanan ke luar negara, namun ia bukanlah mandatori," katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan