Isnin, 14 Mac 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Reaktor nuklear Jepun meletup lagi

Posted: 14 Mar 2011 07:05 PM PDT

Satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

NONE"Ada letupan besar kedengaran di antara jam 6 pagi dan 6:15 pagi di reaktor nombor dua iaitu loji nuklear No 1 Fukushima," kata jurucakap Tokyo Electric Power Co.

Kerajaan juga melaporkan kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer, timur laut Tokyo walaupun tidak pasti sama ada kejadian itu menyebabkan letupan.

Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan.

NONESementara itu, agensi polis Jepun berkata angka kematian rasmi akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun kini melebihi 2,400 orang.

Menurut jurucakapnya, 2,414 orang disahkan mati manakala 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat lalu.

Jumlah kematian sehingga semalam ialah 1,647 orang.

- AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adik Karpal meninggal, liwat II ditangguhkan

Posted: 14 Mar 2011 06:54 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diberitahu adik peguam bela utama, Karapal Singh telah meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang lagi peguam bela, Sankara Nair yang berkata adik bongsu Karpal meninggal dunia pada jam 11 malam semalam.

azlanKatanya, Karpal akan sibuk dengan urusan pengebumian sehingga Isnin kerana terpaksa terbabit dengan acara keagamaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata dalam keadaan seumpama itu adalah sukar bagi beliau membantah. Beliau juga merakamkan takziah kepada Karpal dan keluarganya.

Hakim Mohd Zabidin kemudian bersetuju membenarkan perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin ini.

Mahkamah yang bersidang hari ini sepatutnya mendengar hujah balas daripada Karpal berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

Permohonan pertama adalah bagi hakim mengkaji semula keputusannya yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti yang dibuat pada perbicaraan dalam perbicaraan Selasa lalu. Permohonan kedua pula adalah bagi mahkamah mengarahkan ketua pembangkang itu membekalkan sampel DNA untuk diuji.

Semalam, Mohd Yusof mengakui permohonan pendakwaan itu bukan sesuatu yang lazim tetapi berhujah sampel DNA daripada Anwar adalah penting dan relevan kerana ia boleh menentukan sama ada DNA tersebut sepadan dengan yang diperolehi dari sperma yang dijumpai di kawasan keliling dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan..

NONE"Tiada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi ini tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen (Akta Bahan Bukti) adalah hanya kata-kata. Kami mempunyai bukti tetapi kerana alasan teknikal, ia tidak diterima (oleh hakim)" katanya.

Yusof juga mendapati dirinya menjadi kecaman semalam apabila salinan permohonan pendakwaan dikatakan bocor dan disiarkan oleh beberapa pertubuhan media, terutamanya di New Straits Times dan blog Malaysia Today.

Peguam Cara Negara II itu mengaku bertanggungjawab manakala permohonan supaya tindakan menghina mahkamah dikenakan ke atas akhbar yang mencetaknya ditolak oleh hakim Mohd Zabidin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan