Ahad, 6 Mac 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


BN menang di Kerdau dan Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 05:40 AM PST

Dun Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat 5060 undian manakala Hassanuddin Salim calon Pas mendapat 2336 undian. BN menang dengan majoriti 2724.

Dun Merlimau calon BN Roslan Ahmad mendapat 5962 undian manakala Yuhaizad Abdullah calon Pas mendapat 2339 undian. BN menang dengan majoriti 3623.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Majoriti kali ini lebih baik

Posted: 06 Mar 2011 05:27 AM PST

TEMERLOH: Selaku Menteri Besar merangkap Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak mempunyai perkataan lain untuk menggambarkan perasaannya ketika ini selain 'lega'.

Usaha keras sejak berminggu lalu membuahkan hasil yang sangat membanggakan buat dirinya apabila majoriti yang diperoleh calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad berjaya melepasi tahap tertinggi di DUN berkenaan setakat ini.


Majoriti tertinggi yang diperoleh BN di DUN Kerdau ialah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 iaitu 2,565 undi tetapi, hari ini, Syed Ibrahim menewaskan calon Pas, Hassanuddin Salim dengan rekod baru iaitu 2,724 undi.

Pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang mewakili BN menang ke atas Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi.


"Sebelum ini, kami menganggap majoriti pada PRU 2004 adalah yang terbaik tetapi kali ini ternyata Syed Ibrahim boleh memecahkan catatan berkenaan. Tahun 2004 dianggap sebagai tahun selesa oleh BN dan saya sangat bersyukur kami menang dengan majoriti lebih besar pada PRK ini," katanya.


Kejayaan Syed Ibrahim di DUN Kerdau diumumkan Pegawai PRK DUN Kerdau, Datuk Tarif Abd Rahman di Dewan Tun Razak, di sini, jam 8.15 malam.

Berita itu kemudiannya disambut laungan '1Malaysia' oleh ribuan penyokong BN yang berkumpulan di sekitar dewan berkenaan.


Adnan menganggap kejayaan besar BN pada PRK DUN Kerdau didorong dasar serta pendekatan yang diamalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara.

tamat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan