Rabu, 23 Mac 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


‘Usah leka janji pedagang impian’

Posted: 22 Mar 2011 04:49 PM PDT

Nasional

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menunjukkan buku  Perkhidmatan Awam: Meneraju Perubahan, Melangkaui Jangkaan   selepas melancarkan buku berkenaan di     PICC , Putrajaya semalam. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Razak School of Government, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid  (dua dari kiri) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah (kanan).

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menunjukkan buku Perkhidmatan Awam: Meneraju Perubahan, Melangkaui Jangkaan selepas melancarkan buku berkenaan di PICC , Putrajaya semalam. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Razak School of Government, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid (dua dari kiri) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah (kanan).

Kerajaan tunai janji ikut kemampuan, ambil kira kesejahteraan rakyat: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terpesona dengan pelbagai janji pedagang impian yang memberi keseronokan sementara sehingga segelintir pihak terpegun serta terpedaya kononnya 'ada tempayan emas di kaki pelangi'.

Perdana Menteri berkata, janji pihak berkenaan berbeza daripada apa dilakukan kerajaan pada masa ini yang menunaikannya dengan segala ikhtiar dan kudrat, selain memastikan janji itu realistik, dalam kemampuan kerajaan, bertanggungjawab dan mengambil kira segala aspek kesejahteraan rakyat serta kepentingan jangka panjang.

"Jadinya, beza parti bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab boleh disaksikan melalui janji yang dibuat kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya. "Parti yang bertanggungjawab tidak akan sembrono mengaku untuk berbuat apa-apa pun yang tampak hanya bermanfaat dalam jangka pendek tetapi mendatangkan bala bencana kepada negara serta kesengsaraan kepada rakyat bukan saja dalam jangka panjang, malah dalam masa terdekat," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Kerajaan juga katanya, tidak akan membiarkan Malaysia berubah status daripada negara industri moden berpendapatan sederhana tinggi, menjadi negara gagal (failed state) akibat ketidakbertanggungjawaban fiskal dan ketidaktelitian kewangan.

"Sudah menjadi lumrah a'lami insan apabila dipersonakan oleh pedagang impian yang bijak menanam tebu di bibir, menyogok dan menyuguh dengan dokumen janji pelbagai corak, ada biru laut, ada hijau gelap, ada putih dan yang terkini jingga pula warnanya.

"Semua itu tampaknya dihasil dan dikarang bersandar kepada keseronokan sementara sampai kadang kala membuatkan segelintir terpegun hingga terpedaya bahawa kononnya ada tempayan emas di kaki pelangi," katanya.
Sebelum ini, pakatan pembangkang dalam Buku Jingga yang diumumkan pada konvensyennya yang dinamakan Program 100 Hari, mengandungi sembilan perkara yang mahu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pilihan raya umum akan datang yang dianggap pelbagai pihak sebagai tidak realistik.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak sanggup menyaksikan apa yang dibina dengan bertatih dan jerih payah selama ini lebur begitu saja. Parti bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek daripada membankrapkan negara dalam jangka panjang," katanya.

Najib berkata, kerajaan juga tidak mahu melihat negara terpaksa bergantung kepada ehsan institusi kewangan antarabangsa seperti nasib sesetengah negara dunia yang menadah tangan meminta-minta pada suatu masa nanti hanya kerana ingin menjadi populis untuk seketika.

"Adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak memperkenalkan inisiatif bersifat populis tanpa menjelaskan kepada rakyat kos sebenar serta apakah pelan dan rencana membiayainya.

"Dengan hanya mengatakan ia akan dibiayai semata-mata daripada hasil penjimatan ketirisan bukanlah satu penjelasan yang telus dan sepatutnya kerana ia tidak menceritakan kedudukan sebenar, yakni ia tidak menjelaskan secara terang kepada rakyat mengenai keperluan sesebuah kerajaan yang baik untuk menambah hasil dan mengelak daripada dilanda sindrom ketagihan sumber asli," katanya.

Pada majlis berkenaan, Najib turut melancarkan buku Perkhidmatan Awam: Meneraju Perubahan, Melangkaui Jangkaan yang ditujukan khas kepada semua penjawat awam.

Buku karya Najib setebal 105 muka surat itu terbitan bersama Razak School of Government dan Institut Terjemahan Negara Malaysia yang diharapkan menjadi rujukan komprehensif dalam membawa negara ke satu tanda aras baru dalam perkhidmatan awam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu video seks muslihat politik

Posted: 22 Mar 2011 04:45 PM PDT

Nasional

Dua Ahli Parlimen Bebas dakwa Anwar terdesak berkaitan sampel DNA

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Bebas mendakwa penyiaran video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah muslihat politik untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu sampel DNA yang sedang dihadapi Ketua Pembangkang itu.

Mereka mendakwa Anwar kini berada dalam keadaan terdesak berhubung isu sampel DNA dan terpaksa mengalihkan isu yang dihadapinya dengan isu lain.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata isu DNA masih belum terjawab, malah ada pemimpin PAS yang sudah memberikan amaran kepadanya supaya menyerahkan DNA bagi membuktikan kebenaran atau mendesak PAS mengkaji semua hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Saya cuma boleh mengesahkan bahawa kami (Konsensus Bebas) terima maklumat daripada sumber dalaman yang sahih dalam PKR dan setakat ini maklumat mereka adalah tepat.

"Kita perlu ingat bahawa keputusan (mahkamah) berhubung DNA itu esok (hari ini) dan DNA ini adalah isu yang Anwar tidak boleh nak jawab," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Zulkifli juga menyoal mengapa Anwar secara tiba-tiba membuat kenyataan mengatakan beliau tidak terbabit dalam video itu.

"Kenapa (Anwar) perlu kata dia (tak terbabit). Sedangkan tiada sesiapa pun yang tuduh dia. Kemudian dia boleh 'describe' (memperincikan) orang (pelaku) dalam video itu. Dia kata dia tak tengok tapi dia kata orang itu perut buncit. Macam mana dia boleh kata orang itu perut buncit sedangkan dia tak tengok?
"Jika Anwar boleh begitu cepat bertindak menafikan video seks itu yang langsung tidak menyebut beliau sebagai pelaku, mengapa tidak mengambil tindakan cepat memberikan sampel darah untuk DNA bagi menafikan tuduhan liwat dihadapinya," katanya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrin Hashim turut mendakwa video seks itu satu muslihat politik.

"Muslihat politik sebenarnya ialah untuk mengalihkan perhatian daripada kes sebenar yang dikaitkan dengan isu DNA di mahkamah. Saya kena buat pengumuman ini sebab ini yang kami terima dan dianggap sebagai satu muslihat.

"Jadi kita tidak mahu mereka yang tidak menonton video ini memberi komen sebab itu kami percaya perkara ini satu muslihat sebab banyak benda yang tak kena," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan