Berita Harian: Mutakhir |
Pesara guru ditemui selepas hilang seminggu Posted: 02 Mar 2011 03:13 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Seorang pesara guru yang menghidap alzhiemer dan dilapor hilang kira-kira seminggu lalu, ditemui di Jinjang Khamis lalu, kira-kira 30 kilometer dari rumahnya di Bandar Mahkota Cheras.Ooi Ho Chuah, 63, berkata beliau hanya ingat keluar dari rumah dan selepas itu tidak dapat mencari jalan pulang. Menceritakan pengalamannya kepada pemberita di Biro Pengaduan MCA di sini hari ini, Ooi berkata beliau bernasib baik kerana ada yang bersimpati dan memberinya makanan. "Saya tidur di merata-rata tempat seperti hentian bas. Saya berterima kasih kepada dua anggota polis yang menemui saya dan memberitahu keluarga saya."Saya kemudian dibawa ke hospital dan menerima empat jahitan di kepala," katanya yang tidak ingat bagaimana beliau mendapat kecederaan itu. Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, menasihatkan mereka yang mempunyai anggota keluarga yang menghidap alzhiemer supaya memakaikan tag di tangan pesakit bagi membolehkan mereka dikenali dan dibantu. - BERNAMA |
Kerajaan Pahang tidak bankrap: Adnan Posted: 02 Mar 2011 03:08 AM PST Mutakhir TEMERLOH: Kerajaan negeri Pahang tidak bankrap walaupun mempunyai jumlah pinjaman yang tinggi daripada kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.Beliau berkata, perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana setiap hasil dan pembelanjaan sudah dinilai untuk kepentingan rakyat. "Kita semua kena faham ini semua untuk orang ramai...kita bina rumah kos rendah, gaji pegawai kerajaan kita bayar. "Nanti orang kata bolehlah bayar minta (duit) kerajaan persekutuan, apa? kerajaan persekutuan itu kerajaan lain? kerajaan pusat itu kerajaan kita (Barisan Nasional)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan negeri Pahang di sini, hari ini.Setakat ini, katanya, pinjaman terbabit berjumlah RM2.2 bilion. Adnan berkata, dakwaan bahawa kerajaan Pahang gagal mentadbir negeri dengan cekap hanya satu tohmahan pembangkang yang sudah ketandusan isu untuk dibangkitkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau. Katanya, sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar pada 1999, kerajaan negeri hanya mengalami bajet defisit sebanyak dua kali berbanding enam lebihan dan tiga seimbang.
Katanya, penduduk Kerdau lebih berminat memilih wakil rakyat yang mampu menggalas tanggungjawab membela nasib mereka. Mengenai perjalanan kempen BN yang memasuki hari kelima, Adnan berkata, ia berjalan dengan lancar, namun kemenangan parti itu terletak pada pengundi. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan