Selasa, 3 Julai 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Itali tewas’ 4 das

Posted: 02 Jul 2012 03:07 PM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis kini koma selepas ditembak empat das oleh rakan setugasnya ketika berselisih faham ketika mereka bersama-sama menonton perlawanan akhir kejohanan bola sepak Euro 2012 antara Itali dan Sepanyol menerusi skrin besar di sebuah premis hiburan, awal pagi semalam.

Pertembungan dua pasukan bola sepak gergasi Eropah itu berkesudahan Sepanyol yang terkenal dengan jolokan La Roja menumpaskan pasukan Azzurri 4-0.

Kejadian berlaku di sebuah premis hiburan di Taman Nusa Bestari, di sini, pada jam 4 pagi dan mangsa seorang konstabel berusia 24 tahun berasal dari Sarawak.

Sumber polis berkata, mangsa ditembak di perut sebelum rebah di tempat kejadian.


"Mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Umpan anjing untuk ‘pesalah’

Posted: 02 Jul 2012 03:07 PM PDT

SARATOK: Selepas hampir dua minggu menjadi buruan, akhirnya buaya paling dikehendaki kerana membunuh seorang wanita, Sia Munsong, 42, pertengahan bulan lalu, tewas di tangan seorang bomoh di Lubok Nanga Sungai Nyiar, Roban, pagi semalam.

Penangkapan buaya jantan hampir empat meter panjang oleh Indet Senabong, 49, yang juga pawang buaya terkenal, hasil penggunaan umpan anjing yang mengena pada jam 8.30 pagi.

Menurut Indet yang berasal dari Ulu Paku, Spaoh, mereka turun memasang umpan di beberapa tempat di sungai yang sebelum itu dijampi terlebih dulu, bermula jam 6.30 petang kelmarin.

"Umpan dijampi untuk 'pesalah' yang pernah membunuh manusia dan apabila air pasang, buaya dimaksudkan akan datang untuk memakan umpan itu.


"Hanya buaya 'bersalah' akan datang memakan umpan anjing putih itu. Perkara ini disedari seawal jam 8 pagi tadi (semalam) dan beberapa penduduk bergegas ke Lubok Nanga yang terletak tiga kilometer dari rumah panjang Sungai Anak," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan