Harian Metro: Setempat |
Mangsa samun tak maaf remaja tetak tangan Posted: 09 Jul 2012 02:41 PM PDT GOMBAK: "Saya tidak memaafkan perbuatan remaja lelaki terbabit yang menetak tangan kanan hingga terbelah hanya kerana ingin mengambil wang dan kad tambah nilai dianggarkan bernilai RM1,000 ketika mereka menceroboh kedai runcit saya di Selayang Point malam kelmarin," kata mangsa samun, N Sarathi, 32, yang menerima 15 jahitan di tangan akibat ditetak remaja terbabit. Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa didatangi empat remaja lelaki yang menyamar pelanggan dan berpura-pura mahu membeli barangan.
"Seorang daripada mereka menyeluk tangan dalam begnya sebelum mengeluarkan sebilah parang dan menetak tangan saya.
"Mujur ketika itu, rakan niaga saya melalui kawasan itu menjerit meminta tolong menyebabkan semua remaja terbabit melarikan diri.
Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10 |
Posted: 09 Jul 2012 02:37 PM PDT PELABUHAN KLANG: Tiga lelaki yang mahu menyeludup keretek bernilai lebih RM340,000 bergadai nyawa dengan terjun dari bot gentian kaca yang dinaiki mereka sebaik menyedari kehadiran pasukan marin Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang menjalankan rondaan di Perairan Gabang, di sini, 4 Julai lalu. Sebaik terjun ke laut jam 5 petang, lelaki terbabit kemudian menaiki sebuah lagi bot dipercayai tonto yang ditugaskan untuk mengiringi bot membawa keretek berkenaan selain memantau kehadiran pihak berkuasa.
Katanya, bimbang kejadian sama berulang, anggota marin mengacukan senjata ke arah bot berkenaan bertujuan mempertahankan diri.
Keretek yang dirampas dipercayai mahu diseludup ke Malaysia berikutan permintaan tinggi.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan