Jumaat, 6 Julai 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Uncle Seekers menagih dadah

Posted:

Uncle Seekers menagih dadah

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

Uncle Seekers dan Nadhirah selepas direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru kelmarin.


JOHOR BAHRU - Pengkaji paranormal, Uncle Seekers yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap Sultan Johor melalui blognya disahkan positif mengambil dadah jenis morfin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Akhir Ishak berkata, ujian air kencing terhadap Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini semalam.

"Hasil ujian air kencing tersebut, Uncle Seekers didapati positif morfin. Polis kemudian membuat satu laporan polis terhadap kesalahan dilakukan oleh Uncle Seekers," kata beliau.

Menurut beliau, kesalahan mengambil dadah terhadap Uncle Seekers disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000.

Bagaimanapun, Mohd. Akhir berkata, ujian sama yang dilakukan terhadap teman wanita Uncles Seekers, Siti Nadhirah Mohd. Zain, 26, mendapati wanita berkenaan negatif dadah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Indet tidak mahu ditipu lagi

Posted:

Indet tidak mahu ditipu lagi

Oleh SOPI SAMAILE
berita@kosmo.com.my

LATIFAH bersama anaknya, Mohd. Khusairi Drahman setia menunggu ketika operasi mencari suaminya giat dijalankan di Batang Saribas, Betong semalam.


BETONG - Pawang buaya terkenal, Indet Sanabong yang berjaya membunuh Bujang Sebelak di Roban baru-baru ini kini sedia membunuh seekor lagi buaya yang dipercayai telah membaham seorang pengumpul batang rumbia di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini kelmarin.

Bagaimanapun Indet, 49, sedia berbuat demikian jika upahnya berbaloi memandangkan dia dan dua pembantunya bertarung nyawa setiap kali berdepan dengan reptilia ganas itu.

Menurutnya, dia pernah dipanggil untuk menangkap seekor buaya yang telah membunuh seorang penduduk di Sungai Seruai dekat Batang Saribas beberapa tahun lalu tetapi upah yang diterimanya hanya RM300.

Beliau berkata, semua pihak perlu sedar pekerjaan menangkap buaya ganas bukan kerja main-main kerana ia melibatkan nyawa manusia.

"Penduduk di Sungai Seruai dekat Batang Saribas pernah minta tolong saya tangkap buaya dan saya berjaya menangkapnya tetapi upah yang diberi untuk kerja tiga hari hanya RM300.

"Jumlah itu memang tidak berbaloi kerana saya dan pembantu terpaksa bertarung nyawa dengan buaya berkenaan. Saya tidak mahu dipermainkan lagi,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jadi pengkhianat halang FGVH - Najib

Posted:

Jadi pengkhianat halang FGVH - Najib

NAJIB (lima dari kiri), Rosmah dan Noh (kanan) melihat buah-buahan tempatan yang dipamerkan sempena Mini MAHA Pekan 2012 di Dataran Shahbandar, Chini semalam.


PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan mereka yang menghalang penyenaraian saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Saham tetapi turut mengambil durian runtuh hasil penyenaraian itu sebagai 'muka tak malu'.

Sambil menyindir golongan itu, beliau berkata, sebilangan peneroka Felda yang turut menolak hasrat murni itu juga adalah pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan Felda ke peringkat global.

"Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda. Cuba halang tetapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil," katanya pada pelancaran Mini MAHA Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka di Dataran Shahbandar, Bandar Dara, Chini di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan