Harian Metro: BeritaUtama |
‘Beri saya peluang kedua’ Posted: 05 Jul 2012 03:35 PM PDT KUALA LUMPUR: "Saya terima hukuman ini (penjara) dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa sebab sedar saya pernah menyeksa anak. "Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti dapat bertemu semula anak dan menjaga dia seperti dulu...saya tidak mahu dia tinggal dengan orang lain dan biar kami melalui susah senang bersama," kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang pernah menggemparkan negara apabila klip video penderaan bayi perempuannya berusia 10 bulan dimuat naik ke laman YouTube, Mei lalu. Ibu muda yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang, beberapa hari lalu selepas setahun di sana, mengakui insaf dengan perbuatan kejam yang pernah dilakukan dan berazam lebih menyayangi anaknya pada masa akan datang. Menceritakan semula kejadian yang berlaku tahun lalu, Ika berkata, dia tidak pernah menyakiti bayinya sebegitu teruk kerana sedar ibunya berpesan supaya dia menjaga zuriatnya sebaik mungkin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/06 |
Posted: 05 Jul 2012 03:35 PM PDT SEREMBAN: Dua wanita, masing-masing Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) dan bekas Penolong Pengarah Unit Latihan dan Kemajuan Staf Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) dihukum penjara tiga hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, kerana membuat tuntutan elaun fasilitator sambilan palsu serta bersubahat melakukan kesalahan itu Oktober tahun lalu. Hakim Datin Nursinah Adzmi berkata, mahkamah mengambil kira pengakuan salah Rosidah Hassan, 39, dan Siti Saleha Abdul Rahim, 27, selain meneliti fakta, rayuan serta hujah pendakwa raya.
"Bagi tertuduh kedua, walaupun kamu baru berkhidmat, kesalahan dilakukan adalah serius kerana menipu kerajaan. Selepas menimbangkan fakta, rayuan dan hujah pendakwa raya, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM10,000 terhadap setiap tertuduh atau tiga bulan penjara jika gagal membayar," katanya.
Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Jika disabitkan mereka boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/06 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan