Jumaat, 13 Julai 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Adik penyanyi masuk jel

Posted: 12 Jul 2012 03:30 PM PDT

JOHOR BAHRU: Adik lelaki kepada seorang penyanyi wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyamun seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura, Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Faizal Abu Hasan, 29, dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didapati bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1.15 tengah hari, 23 Januari lalu, berhampiran sebuah masjid di Taman Tampoi Indah, di sini.

Dalam kejadian itu, Faizal dikatakan menyamun mangsa, Rohana Jamal dengan merampas beg tangannya sebelum melarikan diri.

Sebaik hukuman dijatuhkan, Faizal kelihatan tenang, namun beberapa ahli keluarganya yang berada di dalam kamar mahkamah sebak.


Bagaimanapun, kakak Faizal yang juga penyanyi terkenal tidak hadir di mahkamah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/13


SPAD rancang cara sistematik

Posted: 12 Jul 2012 03:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan sistem penjualan tiket elektronik bersepadu yang dibangunkan kelak di terminal bas khususnya Puduraya Sentral, akan mengambil kira keperluan pengusaha syarikat bas.

Ketua Pegawai Operasinya, Azhar Ahmad berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak terlebih dulu termasuk bersama pengurusan terminal untuk menambah baik perkhidmatan berkenaan, begitu juga sistem sudah diguna pakai ketika ini.


"Kami sedar banyak perkara dibangkitkan, malah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang menggunakan sistem elektronik juga masih ada beberapa aspek yang boleh ditambah baik bagi memenuhi keperluan semua pihak sama ada pengusaha mahupun pengguna.

"Ini satu cara untuk kamimenghapuskan ulat tiket, dan yang keduanya kalau dengan mengadakan sistem tempahan elektronik akan lebih memudahkan pelanggan, maka kami perlu memikirkan cara lebih sistematik," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Azhar berkata, pada fasa berikutnya, SPAD akan cuba berbincang untuk mengetengahkan sistem penjualan yang tidak memerlukan jurujual tiket di kaunter, sebaliknya pengguna hanya perlu berinteraksi dengan komputer untuk memilih bas dan destinasi pilihan.


"Langkah ini secara tak langsung boleh menangani isu pilih kasih jika itu didakwa berlaku di TBS apabila kerani kaunter tiket hanya mempromosi syarikat bas tertentu. Apapun, kami perlu berbincang perkara ini dengan lebih mendalam dulu.

"Kami akan bincang dengan pihak TBS juga, tidak hanya Puduraya Sentral untuk pastikan sistem mengurangkan campur tangan manusia ini dapat dilaksana di sana," katanya. Mengenai kewajaran pihak syarikat bas menguruskan kaunter jualan elektronik mereka sendiri, Azhar membayangkan perkara itu sukar berlaku di Puduraya Sentral berikutan tempat yang cukup terhad, selain akan membabitkan kos tertentu yang perlu ditanggung pengusaha.


Akhbar semalam melaporkan, pengusaha syarikat bas di Puduraya Sentral di sini mahu SPAD memikirkan keperluan mereka sebelum memperkenal sistem penjualan tiket elektronik bersepadu, selain mahu sistem berkenaan benar-benar memanfaatkan.

Secara dasar mereka tidak menolak pelaksanaan sistem yang boleh membasmi ulat tiket, namun mahukan kebajikan mereka terbela.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/13


Tiada ulasan:

Catat Ulasan