Harian Metro: Setempat |
Posted: 20 Jul 2012 04:58 PM PDT KUALA TERENGGANU: "Saya dengar bunyi dentuman dan terkejut apabila melihat kedai makan ayah runtuh serta ada sebuah kereta terperosok dalam dapur," kata Abdul Hadi Hamzah, 21, anak pemilik kedai makan yang dirempuh kereta seorang anggota polis di Jalan Sultan Mahmud di sini, awal pagi, semalam. Mangsa, Mohd Shahrizal Muhammad, 30, terbunuh selepas kereta Proton Inspira dipandunya merempuh kedai makan berkenaan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini, pada jam 3.05 pagi semalam. Kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman itu meranapkan kedai makan itu dan gerai menjual pisang goreng selain merosakkan lima kenderaan iaitu dua kereta dan tiga motosikal. Menurut Abdul Hadi, bunyi rempuhan itu amat kuat menyebabkan mereka sekeluarga terjaga daripada tidur lalu bergegas keluar rumah selepas bekalan elektrik terputus.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/21 |
Posted: 20 Jul 2012 04:52 PM PDT KUALA LUMPUR: Berbekalkan skim pemberian wang kepada warga emas, dua lelaki termasuk seorang bergelar Datuk dipercayai sudah menipu lebih lima warga emas dan melarikan wang tunai lebih RM400,000 sejak awal bulan lalu. Difahamkan, skim terbabit merangkumi wang tunai, wang untuk kos pengebumian, wang sara hidup dan kad perubatan yang memerlukan mangsa membayar antara RM10,000 hingga ratusan ribu ringgit untuk menikmati skim itu.
Menurutnya, ketika itu lelaki terbabit menyatakan pihaknya memperkenalkan sebuah skim pemberian wang kepada warga emas dan dia perlu membayar RM10,000 untuk tujuan berkenaan.
Katanya, wang tawaran itu akan dimasukkan dalam akaun baru dan mereka berdua meninggalkannya bersama pemandu lelaki bergelar Datuk itu dan menguruskan pembukaan akaun baru tanpa tandatangannya.
"Ketika saya hendak mengeluarkan wang RM150,000, pegawai bank sangsi dengan tujuan pengeluaran itu dan ketika itu, lelaki bergelar Datuk itu mendakwa dia cucu saya dan wang berkenaan digunakan untuk membeli rumah," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan