Sabtu, 14 Julai 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Tak malu gelek’

Posted: 13 Jul 2012 03:48 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan," kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.

Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.

Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.


Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/14


Remaja maut tercampak atas bumbung kereta

Posted: 13 Jul 2012 03:48 PM PDT

KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menemui ajal di atas bumbung kereta apabila motosikal ditunggangnya berlanggar sebuah kereta di hadapan Masjid Al-Taqwa, Paya Bemban, Jalan Hospital, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Elfie Farhan Mohd Nasir, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.


Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125Z bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke Kota Bharu sebelum berlanggar sebuah kereta Proton Saga BLM menyebabkan mangsa tercampak ke atas bumbung kereta itu.

Bagaimanapun, rakan mangsa cedera ringan.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku apabila kereta dari arah lampu isyarat Berek 12 menghala lampu isyarat Kampung Cherang secara tiba-tiba membelok ke kanan sebelum motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian hadapan kereta itu.


"Mangsa tercampak di atas bumbung kereta dan meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Nasir Zaminuddin, 39, berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh anak sulungnya ketika dalam perjalanan untuk berniaga di pasar.


"Saya berpatah balik menuju tempat kejadian untuk melihat anaknya.

"Pada mulanya saya ingatkan ia kemalangan biasa, tetapi apabila tiba di tempat kejadian saya lihat anak saya terbaring di atas bumbung kereta dan sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di HUSM, semalam.


Menurutnya, dia dan anak kedua daripada empat beradik itu rapat seperti rakan karib.


"Kami rapat dan masih terngiang-ngiang hasrat arwah yang mahu menyambung pelajarannya selepas memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian. Pemergiannya amat dirasai, tetapi saya reda," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/14


Tiada ulasan:

Catat Ulasan