Berita Harian: Nasional |
Tan Sri, Datuk beli ijazah palsu Posted: 26 Jul 2012 01:41 PM PDT Shah Alam: Orang kenamaan termasuk Tan Sri, Datuk dan ahli politik adalah antara yang membeli ijazah palsu daripada sebuah syarikat yang didedahkan oleh akhbar ini baru-baru ini. Siasatan polis mendapati kebanyakan yang memiliki ijazah menggunakan nama universiti palsu luar negara itu memegang jawatan penting dalam organisasi tertentu. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. DERALLNITHA Kesian org yang belajar guna duit banyak dan sungguh2x.buang dari kerja dan pangkat semua org-org ni dan bagi kerja /pangkat pada org yang layak.. Tan Sri, Datuk beli ijazah palsu...SEMUA NAMA TERLIBAT WAJIB DEDAHKAN KEPADA RAKYAT yatie semoga semuanya cepat bertaubat... Violet merekalah yang tidak mahu berusaha dan ingin senang dgn cara mudah...kasihan dgn orang yang bersusah payah dgn hasil titik peluh sendiri.. roy aduii...sanggup bli ijazah plsu bh smata-mta mau kaya... plzzz la...bgni ka sikap tan sri...ngtkn baik sngat,,.. zna sanggup ketepi agama kerana didorong nafsu buruk nak tinggi darjat/nama, pangkat dan pengaruh dunia. manusia ada sebukit emas, nak dua, nak tiga. ada yang Allah tunjuk atas dunia lagi kesan sifat hina mereka. esma Kerajaan harus siasat , mungkin mereka yang beli Ijazah palsu ada yang telah pun berkhidmat dalam perkhidmatan awam . Sebab ada yang naik pangkat/gred dengan cara mudah ,tapi tak pernah nampak pun pergi belajar . Samada belajar sepenuh masa atau PJJ. kertas tisu b/p: Org yg x mampu nk g sekolah, sijil SPM pn xde th betapa ssh nk cr kerje. Untunglah jd org kaya...semua blh beli. combat nasib baikla yang beli Tan Sri, Dato'Seri....... kalu yang beli anak orang kampung, dah pasti kena buang keje atau penjara........ Zaitun99 Biar jadi tukang sapu saya kecewa tiada guna ada pangkat, darjat tinggi kalau akhlak rendah. tapi org jenis ini memang tak fikir pasal tu semua.. yang penting masyuk! abg hairul ada duit semua bole jadi...kerana duit manusia sanggup buat apa saja tanpa kira halal/haram dan dosa.. penjual ikan pekasam Kalau ikhlas, dedahkan nama nama mereka. Kesian kat orang yang bersusah payah menuntut di universiti. Last last yang untung si penipu. Aliah Ali hah... elok je keluarkan senarai nama datuk2 dan tan sri yang selama ni guna sijil tipu, biar semua tahu....baru tau langit itu tinggi atau rendah...padan muka Jecht hahahaha..memalukan.i'm glad to be me :) ramona zaneth kyra hahahahah....mona skong kata2x abg ikan masin!!!!!!b Tan Sri , Datuk pn beli pangkat jgak...smate2x nk jd one of BOD maaaaa........hmm..bile tgk pnglman n certfcte....mmg xLAYAK lgsg !!! penjual ikan masin Ijazah main bayar duit je. Gelaran Tan Sri dan Datuk-datuk pun main beli jugak ke sebelum ni?sekadar mencelah |
Peluang niaga RM13b untuk Bumiputera Posted: 26 Jul 2012 01:29 PM PDT Putrajaya: Peluang perniagaan berjumlah kira-kira RM13 bilion dijana untuk manfaat Bumiputera menerusi inisiatif dilancarkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata inisiatif dilancarkan Teraju, yang ditubuhkan Februari lalu, berpandukan kepada hala tuju transformasi ekonomi Bumiputera yang diumumkan kerajaan sebelum ini. Antara inisiatif yang menyumbang kepada jumlah itu ialah dasar untuk memberi peluang secara carve out kepada syarikat Bumiputera yang terbabit dalam projek Transit Aliran Massa (MRT) melalui MRT Corporation Sdn Bhd.Sehingga kini, 47 peratus daripadanya ditawarkan kepada syarikat Bumiputera, melebihi sasaran 43 peratus, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketiga Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) di sini, semalam. Melangkaui sasaran Najib berkata, mengikut unjuran ketika ini, jumlah keseluruhan pakej itu bernilai kira-kira RM9.3 bilion, melangkaui sasaran RM8.5 bilion. Katanya, kerajaan berpuas hati dengan jumlah itu, bukan saja dari segi jumlah besar yang berjaya diagih, tetapi juga dari segi proses penentuan syarikat yang dibuat dengan cara telus, berdasarkan kepada syarikat Bumiputera yang terbaik. Sementara itu, mesyuarat MTAB semalam juga meluluskan 20 lagi syarikat yang layak untuk program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras), satu lagi program perdana Teraju, menjadikan jumlahnya kini 150 buah. Menerusi inisiatif ini, kita dapati bahawa jumlah modal berbayar ialah kira-kira RM1 bilion dan perolehan keseluruhan RM7.9 bilion. Ini bererti syarikat Teras ini mempunyai potensi berkembang dan mampu bersaing untuk mendapatkan kerja sektor awam, katanya. Lanjut tempoh SJPP Perdana Menteri turut mengumumkan melanjutkan tempoh Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di bawah kelolaan Prokhas untuk setahun lagi, di mana dana RM930 juta yang belum digunakan syarikat Bumiputera akan diperuntukkan sehingga 31 Disember 2013. Walaupun skim jaminan itu pada mulanya hanya diperuntukkan kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS), namun kini katanya, syarikat Teras yang bukan PKS, malah lebih besar daripada itu juga layak untuk menyertai skim berkenaan. Saya dan anggota majlis yakin inisiatif diperkenal ini akan memberi peluang lebih meluas kepada syarikat Bumiputera untuk capai kejayaan lebih besar pada masa depan, katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan