Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 26 Jul 2012 11:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang bapa menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut anaknya yang hamil sebelum memaksa wanita itu menelan pil tahan sakit untuk menggugurkan kandungannya. Kejadian berlaku di rumah mereka di Pantai Dalam, di sini, jam 12.30 tengah malam kelmarin dan bapa berusia 50-an terbabit bertindak sedemikian semata-mata kerana tidak sukakan suami anaknya itu. Sumber polis berkata, sebelum itu lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah dan memaki-hamun serta membelasah anak serta menantunya yang dikatakan baru beberapa bulan berkahwin. "Suspek menyuruh anaknya berpisah dengan suaminya. Apabila anaknya yang berusia 20 tahun memberitahu dia sudah mengandung, suspek bertambah berang dan memaksanya menggugurkan kandungan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/27 |
Posted: 26 Jul 2012 11:42 AM PDT GOMBAK: Sepasang warga emas dan empat ahli keluarganya berdepan detik cemas disamun empat lelaki bersenjatakan parang di rumahnya di Kepong Ulu, di sini, awal pagi kelmarin menyebabkan kerugian lebih RM10,000. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Law Ah Hai, 63, dan isterinya, Chen Yoke Heong, 57, memuatkan barang dalam keretanya sebelum didatangi empat lelaki. Difahamkan, pasangan terbabit menetap lebih 40 tahun di rumahnya dan rutin harian mereka sejak dua tahun lalu keluar rumah awal pagi untuk memulakan perniagaan restoran di Rawang. "Keempat-empat lelaki berusia 20 hingga 30-an itu menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna biru. Mereka meletakkan kereta di depan pagar rumah mangsa sebelum menyerbu dan menjerit ke arah saya dan isteri supaya masuk dalam rumah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/27 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan