Isnin, 9 Julai 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Anggota polis didakwa samun warga Bangladesh

Posted:

Anggota polis didakwa samun warga Bangladesh

09/07/2012 7:17pm

PETALING JAYA — Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyamun empat lelaki warga Bangladesh menggunakan sepucuk pistol.

Junaidi Awang, 33, dan Rasli Zainol Abidin, 40, didakwa bersama-sama dua orang yang masih bebas, menyamun wang Md. Shafiqul Sheikh, Md. Moshiur Rahman, Borhan Uddin Molla dan Al Amien yang kesemuanya berjumlah RM592.

Kedua-dua anggota polis yang tidak diwakili peguam itu didakwa menyamun empat lelaki itu, yang berumur antara 26 dan 33 tahun, di Blok E, Sri Ara Apartment, Jalan PJU 1A/5, Ara Damansara, Selangor pada pukul 12.30 malam, 11 Julai tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — BERNAMA

Kontraktor parah ditetak dengan pedang

Posted:

Kontraktor parah ditetak dengan pedang

09/07/2012 6:23pm

BESUT — Seorang kontraktor cedera parah ditetak dengan pedang setelah diserang lima lelaki ketika minum bersama dua rakannya di sebuah restoran di Kampung Raja, di sini malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian pukul 7.15 malam itu, mangsa yang berumur 28 tahun cedera parah di kepala dan tangan kanan manakala dua rakannya sempat melarikan diri.

"Ketika mangsa sedang minum bersama dua rakannya, tiba-tiba suspek meluru keluar dari dua buah kereta dan seorang daripadanya bertindak menetak mangsa menggunakan pedang.

"Dua rakan mangsa yang tidak dapat berbuat apa-apa melarikan diri dan melaporkan kejadian di Balai Polis Kuala Besut. Mangsa yang pengsan dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.— BERNAMA

Lelaki Ireland maut dalam kemalangan

Posted:

Lelaki Ireland maut dalam kemalangan

09/07/2012 6:20pm

TUARAN — Seorang lelaki warga Ireland maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di KM 6.3 Jalan Kiulu-Pukak pada kira-kira 11.25 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Zaharuddin Rasid berkata, motosikal yang ditunggang oleh mangsa dikenali sebagai Desmond Francis Walsh, 48, bertembung dengan sebuah lori yang dipandu oleh orang tempatan.

Beliau berkata, lori berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan dari Pukak menuju ke pekan Kiulu sebelum bertembung dan melanggar motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Zaharuddin berkata, kejadian itu berlaku di satu selekoh sederhana tajam dalam keadaan cuaca baik.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan