Khamis, 19 Julai 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


CGPA 2.8 boleh masuk IPTA

Posted:

CGPA 2.8 boleh masuk IPTA

PELAJAR lepasan STPM serta Matrikulasi yang mendapat CGPA 2.8 ke atas mempunyai tempat di IPTA dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka. - Gambar hiasan


PASIR MAS - Semua pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas, kini mempunyai tempat untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013 dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan pertama kali yang dibuat kementeriannya itu akan membolehkan 1,894 pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang memperoleh CGPA 2.8 ke atas yang sebelum ini tidak mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka.

"Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih," katanya selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Parlimen Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Drama warga emas gagal

Posted:

Drama warga emas gagal

KERJA-KERJA pengosongan rumah milik sepasang warga emas di Lintang Sungai, George Town terpaksa dilakukan semalam walaupun pelbagai halangan dihadapi.


GEORGE TOWN - Drama sepasang warga emas berpura-pura diserang sakit jantung dan melepaskan 20 ekor anjing bagi menghalang rumahnya di Lintang Sungai di sini dikosongkan tidak menjadi apabila mereka akhirnya akur dengan perintah mahkamah semalam.

Kediaman wanita berusia 60-an bersama suaminya itu terpaksa dipecah masuk pihak Bailif Mahkamah Sesyen Balik Pulau setelah hampir setengah jam mereka enggan memberi kerjasama supaya mengosongkan rumah tersebut.

Tindakan tersebut diambil berikutan pasangan terbabit enggan mematuhi keputusan Mahkamah Sesyen selepas dua kali menerima notis mengosongkan premis pada Mei lalu.

Difahamkan, rumah yang dihuni suami isteri itu sejak lebih 20 tahun lalu telah dijual kepada individu lain pada harga yang tinggi secara tunai beberapa tahun lalu tetapi mereka masih enggan berpindah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jumlah imam tunai haji ditambah

Posted:

Jumlah imam tunai haji ditambah

NAJIB bersalaman dengan para hadirin pada Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara bersama Perdana Menteri di Serdang semalam.


SERDANG - Jumlah imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditawar mengerjakan haji di bawah penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun ini dinaikkan kepada 400 orang berbanding 111 orang tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu semasa berucap di Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara bersama Perdana Menteri di Dewan Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini semalam.

Beliau turut mengumumkan pemberian kain kepada 14,254 imam dan 138,746 anggota jawatankuasa masjid di seluruh negara untuk dibuat jubah di samping dua tong air zam-zam kepada setiap masjid.

Menurutnya, kain dari jenis yang cukup berkualiti itu dipilihnya sendiri dan diberi awal agar penerima dapat membuat jubah khas untuk dipakai pada 1 Syawal nanti.

Najib berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat soal kebajikan rakyat termasuk para imam dan guru-guru agama yang bekerja keras berjuang demi memartabatkan syiar Islam di seluruh pelosok negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan