Ahad, 22 Julai 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Eksklusif: Graduan palsu

Posted: 22 Jul 2012 04:33 PM PDT

Wartawan BH bongkar kegiatan jual ijazah

Petaling Jaya: Hanya membayar RM7,500 dalam tempoh seminggu anda boleh bergelar graduan sarjana muda dari universiti luar negara. BH semalam membongkar kegiatan sebuah institusi pendidikan swasta yang mendakwa menjalin kerjasama dengan tiga universiti luar negara masing-masing dua di Amerika Syarikat (AS) dan satu di United Kingdom (UK).

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Pelajar tanpa SPM bimbang

Posted: 22 Jul 2012 03:20 PM PDT

IPT Syria terima pelajar Malaysia tanpa kelayakan

Kuala Lumpur: Sebahagian pelajar Malaysia di Syria bimbang mengenai masa depan pengajian mereka apabila terpaksa meninggalkan negara bergolak itu. Ini berikutan kebanyakan mereka tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pelajar terbabit bimbang tanpa kelulusan SPM, mereka tidak dapat menyambung pengajian di institusi pendidikan tempatan atau negara lain seperti Jordan, jika tidak dapat menghabiskan pengajian di Syria.

Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Syria, Anuar Majdi Azahan, berkata institusi pengajian tinggi (IPT) di Syria menerima kemasukan pelajar Malaysia tanpa kelayakan SPM atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

"Kebanyakan pelajar memasuki IPT di Syria sebagai lepasan pengajian pondok," katanya yang mengaku memiliki kelulusan SPM dan STAM ketika dihubungi BH, semalam.

Anuar juga berkata, ada pelajar Malaysia mengambil keputusan enggan meninggalkan Syria atas alasan peribadi, termasuk ingin mendalami ilmu agama di masjid negara itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau sedang berusaha memujuk pelajar terbabit pulang demi keselamatan mereka.

Kelmarin, kerajaan memutuskan semua 128 pelajar dan 10 ekspatriat Malaysia di Syria akan dibawa pulang dengan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

"Alhamdulillah, setakat ini, tiada sebarang laporan kejadian tidak diingini menimpa pelajar Malaysia di Syria. Semua pelajar mematuhi arahan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan