Kosmo Online - Negara |
Posted: Selangkah dibelit ularOleh MOHAMED SAARI
LABIS - Seorang penoreh getah di tanah rancangan Felda Tenang di sini trauma selepas dia nyaris dibelit seekor ular sawa batik sepanjang 6.5 meter ketika bekerja di kebunnya semalam. Narizan Ali, 41, memberitahu, kelibat reptilia gergasi itu disedari kira-kira pukul 9.30 pagi ketika dia menoreh dari satu pokok ke satu pokok di kebun getah berkeluasan 3.2 hektar itu. "Bila saya beralih ke satu pohon lain, saya terkejut ternampak seekor ular sawa batik yang hanya selangkah dari kedudukan saya. "Saya panik dan terus lari sebelum haiwan itu sempat menyerang. Pada masa itu saya hanya fikirkan mati," katanya ketika ditemui selepas kejadian itu di rumahnya yang terletak hanya satu kilometer dari kebun tersebut. Narizan menceritakan, tanpa berlengah dia terus menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan penduduk kampung. Beberapa minit kemudian, lima lelaki termasuk seorang rakannya yang juga anggota Rela tiba di tempat kejadian bersama selaras senapang patah. Namun, usaha mereka selama 30 minit untuk menangkap reptilia gagal gara-gara tindak balas agresif ular berkenaan yang cuba menyerang mereka. "Ular itu sangat agresif, melawan seperti nak menelan kami. Demi keselamatan, kami ambil keputusan membunuhnya dengan rakan saya melepaskan dua das tembakan," jelas Narizan. Namun, ular itu tidak mati, sebaliknya ia sempat melarikan diri ke dalam belukar. Penduduk kampung kemudian melancarkan gerakan memburu ular sawa berkenaan sebelum berjaya menarik reptilia yang cedera itu kira-kira sejam kemudian. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Bercerai angkara fahaman politik Posted: Bercerai angkara fahaman politikCHE HASNAH diceraikan Yahaya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas semalam. PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing. Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam. Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik. Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan. Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak. "Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu. "Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Akta Hasutan 1948 dimansuhNAJIB bersalaman dengan warga kerja Jabatan Peguam Negara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi. KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. "Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. "Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan