Berita Harian: Nasional |
Posted: 10 Jul 2012 02:16 PM PDT Kerajaan dicadang memberikan kuasa autonomi secara berperingkat kepada semua sekolah untuk memperkasa institusi berkenaan dan menambah baik sistem pendidikan negara. Kuasa autonomi yang wajar diberikan kepada pentadbir sekolah ialah mengenai jadual waktu subjek, pemilihan kemasukan pelajar, pengurusan kewangan, pengurusan fizikal premis, dan pengurusan pelajar. Berita lanjut dapatkan akhbar BH dan BH Digital hari ini. |
Posted: 10 Jul 2012 02:02 PM PDT Kuala Lumpur: Penghulu dan penggawa diingatkan menjadi pemimpin yang adil dan saksama tanpa berpuak dalam melaksanakan tugas masing-masing, serta memastikan bantuan kerajaan sampai kepada kumpulan sasar. Sebagai tali penghubung antara pemerintah dan rakyat, mereka berperanan memastikan pelaksanaan dasar transformasi negara sampai kepada akar umbi dengan setiap anggota masyarakat menikmati manfaatnya. Datuk Seri Najib Razak berkata, mereka juga sepatutnya rapat dengan wakil rakyat dan memaklumkan sebarang keperluan setempat yang belum dilaksanakan melalui Majlis Tindakan Daerah, supaya perubahan dapat dilakukan. ""Kita tidak mahu apabila kerajaan ada niat yang baik dan rancangan bermanfaat tetapi sistem penyampaiannya tidak sampai kepada golongan sasar... kalau sampai pun, tidak sepenuhnya. "Tugas penghulu/penggawa ialah memastikan tujuan program mencapai matlamatnya," katanya berucap menutup Seminar Memperkasakan Institusi Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam. Najib turut menasihati penghulu/penggawa supaya tidak berpuak-puak atau mengutamakan geng. Peruntukan RM500,000 "Jangan sampai ada rakyat buat petisyen hendak menukar penghulu/penggawa sebab dia tidak ambil berat dan sokong orang tertentu saja... ini biasa saya dengar," katanya. Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia, meningkat berbanding RM200,000 sebelum ini, bagi membolehkan kesatuan berkenaan menjalankan program di seluruh negara. Mengenai permintaan kesatuan supaya Elaun Luar penghulu/penggawa dinaikkan, Najib memberi jaminan akan membawa perkara ke mesyuarat Kabinet hari ini selain merujuknya kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan