Berita Harian: Mutakhir |
Mahkamah Rayuan kekal keputusan batal larangan buku mengenai wanita Islam Posted: 27 Jul 2012 03:19 AM PDT PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap sebuah buku bertajuk 'Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism oleh Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia). Hakim Datuk Abdul Wahab Patail yang mempengerusikan tiga anggota panel hakim memutuskan bahawa buku itu tidak memudaratkan ketenteraman awam. "Kepuasan bekas Menteri Dalam Negeri adalah bahawa buku itu memudaratkan ketenteraman awam tanpa sebarang keterangan jelas sebarang kejadian yang memudaratkan berlaku dengan tidak ada alasan logik yang keterlaluan dan jatuh tepat dalam dunia yang tidak munasabah dan tidak rasional, kata Hakim Abdul Wahab.Beliau berkata Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof mengehadkan dirinya betul-betul kepada tugasnya dalam semakan kehakiman itu yang dibawa SIS Forum dan hakim adalah betul dalam mencari secara objektif bahawa buku tersebut tidak memudaratkan ketenteraman awam. Semasa menolak rayuan yang dibuat oleh bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk menarik balik larangan ke atas buku itu, Hakim Abdul Wahab berkata jika buku itu dikatakan bertentangan dengan garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), perkara itu tidak menyelesaikan isu sama ada buku itu memudaratkan ketenteraman awam. Hakim Abdul Wahab berkata ia adalah tanggung jawab mahkamah untuk campur tangan jika pembuat dasar itu tersalah arah dalam undang-undang atau mengambil kira fakta yang tidak relevan atau tidak menimbang fakta berkaitan. Katanya mahkamah perlu melihat jika wujud salahguna atau penyalahgunaan budi bicara pentadbiran, sama ada budi bicara itu digunakan untuk tujuan yang ditetapkan dan sama ada ia dilaksanakan dengan adil dan saksama. Bagaimanapun, keputusan itu diumumkan oleh Abdul Wahab tanpa kehadiran Hakim Skinner yang berada di Kota Kinabalu bagi menghadiri satu lagi perdengaran di sana. Mahkamah memerintahkan Syed Hamid untuk membayar RM20,000 bagi kos perundangan. Pengumuman keputusan itu tertangguh tiga jam. Sebelum menyampaikan keputusannya, Abdul Wahab memohon maaf atas kelewatan dengan menyatakan bahawa beliau perlu menghantar secara e-mel penghakimannya kepada Hakim Skinner yang kemudian bersetuju dengan keputusan itu. KDN mengharamkan buku itu pada 31 Julai, 2008. SIS Forum memfailkan satu permohonan bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 2008 menuntut bagi satu perintah certiorari untuk membatalkan perintah itu. Pada 26 Ogos, 2009, SIS Forum mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi bagi memulakan semakan kehakiman. Pada 25 Jan, 2010, Mahkamah Tinggi membatalkan larangan KDN ke atas buku itu selepas membenarkan semakan kehakiman. Buku 215 halaman itu, yang diterbitkan pada Oktober 2005, mengandungi himpunan esei oleh aktivis dan intelektual antarabangsa. Syed Hamid diwakili Peguam Kanan Persekutuan Noorhisham Ismail dan Peguam Persekutuan M. Kogilambigai manakala K.Shanmuga mewakili SIS Forum. - BERNAMA |
Mayat pemuda ditemui terapung di Sungai Perlis Posted: 27 Jul 2012 02:49 AM PDT KANGAR: Mayat seorang pemuda yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Perlis awal pagi semalam, ditemui awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata mayat Nor Azhar Osman, 23, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat dan orang ramai kira-kira jam 1.30 pagi, tidak jauh daripada tempat dia dilaporkan tenggelam. Pelajar lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis itu dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berhampiran Taman Pelangi, kira-kira jam 2 pagi semalam dan tenggelam kerana mangsa dikatakan tidak pandai berenang.Gerakan mencari mangsa yang tinggal di Kampung Baru, Kuala Perlis itu dilakukan Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk mulai 8.30 pagi semalam selepas menerima panggilan jam 7.17 pagi. Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Mat bin Hassan serta keluarga mangsa turut berada di tebing sungai ketika gerakan mencari dilakukan sehingga mayatnya ditemui. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan