Berita Harian: Nasional |
Bayi dilarikan amah jadi rebutan Posted: 17 Jul 2012 05:26 PM PDT
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Amir Hamzah Bin Abdul Semat Senang cter wat je ujian DNA test...kesian tgk baby tu yg jadi rebutan...hanya Allah je yg lebih mengetahui... niki contoh terbaik.. |
Posted: 17 Jul 2012 03:18 PM PDT PM gariskan empat prinsip urus ekonomi, kewangan Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak menggariskan empat aspek yang perlu diberi tumpuan dalam soal pengurusan ekonomi dan kewangan bagi memastikan negara tidak menghadapi krisis kewangan. "Aspek itu ialah tidak berbelanja lebih daripada pendapatan – dasar asas yang mungkin mudah pada logiknya tapi sukar dari segi praktiknya," kata Perdana Menteri. Ketiga, mesti memastikan beban hutang dan defisit fiskal negara berada di trajektori yang menurun secara progresif dan keempat perlunya keseimbangan antara asas pendapatan negara yang seharusnya semakin besar dan berkeupayaan untuk memberi insentif serta rangsangan kepada sektor atau subsektor tertentu yang perlu disokong. Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Khas Perbendaharaan Malaysia di sini, semalam. Sehubungan itu, beliau mahu kakitangan perbendaharaan bijak mengimbangi peranan sebagai pengawal kewangan dan pemudah cara bagi memastikan jentera kerajaan berjalan lancar tanpa kekangan kewangan. Perdana Menteri menegaskan, Kementerian Kewangan adalah ikon kerajaan dan mereka yang berkhidmat dengannya bertanggungjawab menjaga segala rahsia serta urusan dalamannya. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, imbangan yang dimaksudkannya mungkin bermakna dalam satu aspek kerajaan kena kutip cukai lebih dan dalam satu aspek lain, kena beri rangsangan dengan mengurangkan kutipan cukai. Katanya, apa yang penting, kerajaan akhirnya mencapai dua objektif utamanya, iaitu kadar pertumbuhan negara berada pada tahap yang memuaskan, jika tidak tinggi pun, mesti memuaskan, iaitu lima hingga enam peratus setahun seperti sudah ditetapkan. Kedua pula, apabila ada kadar pertumbuhan, baru dapat jalankan dasar untuk menegakkan keadilan sosial, memperluas jaringan keselamatan sosial untuk melakukan tindakan afirmatif. Status negara maju Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai tempoh kurang lapan tahun untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Kerajaan sudah menentukan hala tuju jelas, dasar, perancangan dan program yang terperinci untuk mendokong wawasan itu. Namun, negara memerlukan keadaan yang kondusif untuk mencapainya dan ia tertakluk kepada faktor luaran serta domestik," katanya. INFO: Empat prinsip
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan