Ahad, 15 Julai 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Pesta liar bawah umur

Posted: 14 Jul 2012 04:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sekumpulan remaja, majoritinya masih di bawah umur, dikesan membentuk satu forum sosial lebih 3,500 ahli di facebook dan twitter semata-mata untuk bergabung menyertai beberapa siri pesta liar.

Kumpulan lelaki, perempuan, pondan dan lelaki lembut itu menggunakan laman sosial terbabit untuk berinteraksi bagi menetapkan tarikh dan lokasi pertemuan mereka.

Yang menakutkan, pertemuan dirancang rangkaian sosial itu bukan keraian biasa, sebaliknya pesta liar dinamakan 'parti lolipop' yang diadakan di beberapa pusat hiburan.

Difahamkan, ada pusat hiburan menganjurkan parti dengan nama lolipop sama seperti sambutan 'ladies night', dan lolipop didakwa merujuk kepada ahlinya yang sebahagian besar remaja bawah umur.


Lebih menyedihkan, parti berbaur maksiat dari satu lokasi ke satu lokasi itu turut menghidangkan arak selain pil khayal yang dikhuatiri boleh membawa kepada hubungan seks haram.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/15


‘Arwah sempat peluk saya’

Posted: 14 Jul 2012 04:20 PM PDT

TANAH MERAH: "Ketika berada di hospital, arwah sempat memeluk saya walaupun percakapannya sudah tidak jelas. Sudah enam tahun kami kenal rapat dan saya terpaksa menerima pemergiannya sebagai takdir."

Demikian menurut Abdul Muhaimin Yahya, 25, mengenai kejadian menimpa rakan baiknya, Abdul Khafiz Mohamed Norok, 25, yang disahkan meninggal dunia selepas cuba menyelamatkan diri ketika dirompak di Kaherah, Mesir, awal pagi Rabu lalu.

Kedua-dua pelajar Universiti Al-Azhar itu berdepan detik cemas ketika menaiki sebuah van dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Shoubra selepas menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud di pinggir Kaherah, kira-kira jam 1.30 pagi.

Menurut Abdul Muhaimin, dia pada awalnya sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila pemandu van terbabit membuat pusingan U selepas menaiki kenderaan terbabit.


"Sepatutnya tidak perlu buat pusingan U. Kami hanya berani naik van itu kerana ada satu keluarga bersama bayi turut sama dan menganggap mungkin ia selamat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/15


Tiada ulasan:

Catat Ulasan