Ahad, 15 Julai 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


4 inisiatif penting perkasa gerakan sukarelawan belia: Najib

Posted: 15 Jul 2012 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan empat inisiatif penting di bawah program 1Malaysia For Youth (1M4U) dalam usaha memperkasakan gerakan sukarelawan belia di negara ini.

Perdana Menteri berkata, empat perkara itu ialah penubuhan Lembaga Amanah 1M4U, Dana Sukarelawan 1Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM100 juta dan mengisytiharkan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan serta mewujudkan Stesen Radio 1M4U. Najib berkata demikian ketika berucap pada program 1M4U di sini.

Jangan amal sikap selesa jika tidak mahu sejarah 2008 berulang

Posted: 15 Jul 2012 02:46 AM PDT

KUALA KANGSAR: Semua anggota UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengamalkan sikap selesa jika tidak mahu sejarah pilihan raya umum 2008 berulang terutama di negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya seluruh anggota perlu memperkukuhkan jentera dan sokongan terhadap parti masing-masing bagi meraih hati pengundi serta bekerjasama erat antara parti komponen BN. "UMNO perlu kuatkan jentera selain bantu menyokong rakan-rakan parti komponen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kuala Kangsar di sini hari ini.
Beliau berkata, seluruh anggota dan pemimpin Umno dan BN perlu lebih bekerja keras berbanding sebelum ini bagi meraih sokongan semua golongan pengundi.

Sementara itu di SUNGAI SIPUT, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, jika anggota UMNO dan BN tidak mahu berada di bawah pentadbiran pembangkang, seluruh parti perlu memastikan pemimpin dan jentera bekerja kuat untuk meraih sokongan rakyat.

"Pembangkang cuba membawa 'acuan' politik negara lain ke dalam negara ini dan jika negara mengalami kesusahan, rakyat tidak boleh mengharapkan negara lain membantu," katanya ketika menutup mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Sungai Siput di sini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan