Sabtu, 14 Julai 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Bekalan air dicatu

Posted:

Bekalan air dicatu

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD

RUSLAN Hasan (dua dari kiri) mengagihkan bekalan air mineral kepada penduduk Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Masalah bekalan air bersih yang dihadapi oleh lebih sejuta penduduk di sekitar Lembah Klang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak sebulan lalu kini bertukar menjadi krisis apabila mereka bakal berdepan catuan secara besar-besaran dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan (gambar kecil) berkata, catuan tersebut melibatkan sebanyak 209,678 pemegang akaun terdiri daripada pemilik kilang, kedai dan rumah.

Catuan tersebut membabitkan empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Klang dan Hulu Langat.

Bagaimanapun, katanya, Syabas akan mengemukakan cadangan itu terlebih dahulu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada minggu hadapan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

"Kita terpaksa mengambil langkah ini kerana paras air di beberapa kolam utama atau Loji Rawatan Air (LRA) turun secara mendadak akibat peningkatan permintaan oleh pengguna.

"Keadaan jadi tambah buruk apabila jumlah rezab bekalan air bersih di LRA sedia ada kurang dua peratus berbanding minimum 20 peratus yang ditetapkan.

"Sebenarnya krisis bekalan air telah mula melanda negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,'' katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Samun 11 dulang emas RM1 juta

Posted:

Samun 11 dulang emas RM1 juta

ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan rapi dalam kedai emas yang disamun di sebuah pasar raya di Batu Caves, Gombak semalam.


GOMBAK - Dalam tempoh tidak sampai lima minit, sekumpulan tiga penjenayah yang bersenjatakan pistol berjaya melarikan 11 dulang emas yang dianggarkan bernilai RM1 juta dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di pasar raya besar Giant di Batu Caves di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, suspek mencederakan seorang pengawal keselamatan kedai emas tersebut dan merampas selaras senapang patah serta dua butir peluru hidup.

Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berusia lingkungan 50-an itu sedang mengawal di ruang pameran barang kemas yang terletak beberapa meter dari premis emas tersebut.

Selepas mencederakan pengawal keselamatan itu, ketiga-tiga suspek yang memakai cermin mata hitam dan topi kemudian mengheret lelaki itu masuk ke dalam kedai emas dan mengarahkan pekerja-pekerja premis itu memasukkan barang kemas ke dalam beg yang mereka bawa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, selepas mendapat habuan, ketiga-tiga suspek terbabit melarikan diri melalui pintu tengah pasar raya tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

SPEAK1M bantu anggota koperasi

Posted:

SPEAK1M bantu anggota koperasi

NAJIB (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah Anugerah Perdana kepada Pengerusi Kesatuan Pegawai-Pegawai Hutan Melayu Perak, Datuk Adnan Amran (dua dari kiri) pada HKN 2012 di Kuala Lumpur malam tadi. Kiri sekali ialah Ismail Sabri.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Skim Pembiayaan Ekonomi Anggota Koperasi 1Malaysia (SPEAK1M) bagi membantu anggota koperasi melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan.

Beliau berkata, skim itu merupakan dana pembiayaan mikro yang akan disalur kepada koperasi untuk menjana aktiviti ekonomi anggotanya sejajar peranan mereka sebagai satu daripada tunjang pembangunan ekonomi negara.

Katanya, bagi meningkatkan kecekapan dan pembangunan koperasi, had maksimum geran pembangunan bantuan asas ditambah daripada RM30,000 kepada RM50,000 bagi membantu institusi itu meningkatkan daya saing.

Selain itu, Najib mengumumkan peranan kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan dipecahkan bagi membolehkan satu badan khusus ditubuh untuk membangunkan koperasi.

"Inilah antara tiga langkah terbaharu (membangunkan koperasi) yang saya umumkan pada malam ini (malam tadi) dan cadangan lain sedang kita pertimbangkan dan mungkin kita boleh umumkan pada masa akan datang," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan