Isnin, 23 Julai 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pusat ijazah palsu tutup

Posted: 23 Jul 2012 10:37 AM PDT

Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi semalam mengesahkan ijazah dari sebuah pusat pendidikan swasta di Subang Jaya yang didakwa dikeluarkan tiga universiti luar negara adalah palsu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa, yang ditemui semalam, berkata Universiti Rockhampton dan Universiti Harvey International di Amerika Syarikat (AS) dan Universiti Cannington Brook di United Kingdom (UK) tidak wujud. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.

Tolak ambil SYABAS

Posted: 23 Jul 2012 10:31 AM PDT

Putrajaya: Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-Isu Air Selangor semalam menolak cadangan kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu berkata, soal pengambilalihan SYABAS tidak boleh dilakukan kerana kerajaan Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi, termasuk membenarkan kenaikan tarif air. Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Peguam Negara sudah diarah mengkaji undang-undang bagi membolehkan Kerajaan Pusat meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 walaupun belum ada persetujuan kerajaan Selangor.
"Berdasarkan taklimat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini mengalami gangguan bekalan air dirawat walaupun ada 34 loji rawatan air di Selangor.

"Saya diberitahu keadaan sudah sampai tahap kritikal pada bulan tertentu di mana baki (rizab air) hanya 1.8 peratus. Jika ikut pandangan pakar ini cukup membimbangkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kira-kira tiga jam di KeTTHA, di sini semalam.

Capai tahap optimum

Muhyiddin menjelaskan, 34 loji rawatan air sedia ada, baik yang dibina kerajaan negeri, syarikat konsesi atau dibiayai Kerajaan Pusat menerusi pinjaman dan geran, kini sudah mencapai tahap pengeluaran optimum, malah ada yang terpaksa beroperasi 24 jam bagi memenuhi permintaan air.
Justeru, katanya, pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 wajar segera dilaksana untuk memastikan krisis bekalan air dirawat yang diunjur mencapai tahap kritikal pada 2014 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat dielakkan.

"Mesyuarat berpendapat, walau apa keadaan sekali pun, projek ini perlu diteruskan dengan kos agak besar tetapi sudah disediakan Kerajaan Pusat. Jadi, kita putuskan tadi supaya tawaran kerja dibuka dalam tempoh sebulan lagi.
Sementara itu, kerajaan Selangor menganggap tindakan Kerajaan Pusat menolak usahanya mengambil alih pengurusan SYABAS sebagai suatu sabotaj.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan