Jumaat, 13 Julai 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Sudah ajal di Kaherah

Posted: 13 Jul 2012 08:05 PM PDT

» Pelajar Malaysia maut jatuh van selepas bergelut dengan perompak

Kuala Lumpur: Abdul Khafiz Mohamed Norok yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir selalu menyuarakan hasrat untuk menetap di Kaherah dan permintaannya menjadi kenyataan kelmarin apabila jenazahnya dikebumikan di situ. Pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, itu maut selepas terjatuh dari sebuah van pengangkutan awam ketika cuba menyelamatkan diri daripada dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu.

Pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, itu maut selepas terjatuh dari sebuah van pengangkutan awam ketika cuba menyelamatkan diri daripada dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu.

Sebelum itu, Abdul Khafiz 25, bersama seorang rakannya, Muhaimin Yahya bergelut dengan perompak berkenaan.

Pelajar tahfiz yang baru selesai peperiksaan akhir bersama Muhaimin menaiki van itu jam 1.30 pagi untuk pulang ke kediaman mereka di Shoubra selepas menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud, di pinggir Kaherah.

Setiausaha Agung Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Norhalis Syafiq Ahmad memberitahu BH, ketika dalam van, seorang lelaki tempatan yang duduk di depan tiba-tiba mengacukan pisau ke leher Muhaimin sambil mengarahkannya menyerahkan barang berharga.

Seorang lagi lelaki yang duduk di belakang berpindah ke tempat duduk sebelah Abdul Khafiz sambil menyeluk saku seluar mereka untuk mencari barang berharga.
"Sebaik lelaki terbabit kembali ke tempat duduk belakang, Abdul Khafiz yang mungkin panik membuka pintu van yang bergerak laju dalam cubaannya menyelamatkan diri tetapi terjatuh.

"Melihat kejadian itu, pemandu van memperlahankan kenderaan. Muhaimin kemudian melompat keluar untuk melihat rakannya," katanya dihubungi di Kaherah semalam.

Abdul Khafiz yang tidak sedarkan diri akibat cedera parah di kepala, dihantar ke Hospital Maahad Nasir di pinggir Kaherah untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Amal, Ain Shams. Muhaimin hanya cedera ringan.

Mangsa dari Kampung Asam Kumbang, Benut, Johor, koma 24 jam sebelum disahkan meninggal dunia kelmarin. Jenazahnya disembahyangkan di Dataran Hayyu A'syir dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia di Hayyu Asir kira-kira jam 4 petang Rabu.

Sementara itu, kakak mangsa, Norazizah, 29, berkata beliau tidak menyangka kata-kata adiknya menjadi kenyataan apabila arwah dikebumikan di negara itu akibat kejadian samun, kelmarin.

Difahamkan, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sudah membuat laporan polis dan masih menunggu hasil siasatan.

Lagi berita keluarga arwah Abdul Khafiz Mohamed Norok yang tak menyangka niat tidak mahu balik jadi kenyataan, dapatkah akhbar Berita Harian untuk berita lanjut.

RM500 sebulan program jual tenaga solar

Posted: 13 Jul 2012 01:04 PM PDT

Putrajaya: Pemilik kediaman yang menyertai program menjual tenaga diperbaharui kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berpeluang mendapat pulangan RM500 sebulan untuk selama 21 tahun.

Tawaran kepada 2,000 rumah di Semenanjung dan Sabah yang sedia memasang panel solar di rumah mereka dijangka dibuka bulan depan atas dasar setiap rumah menjana empat kilowatt tenaga. Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Tan Sri Dr Fong Chan Onn, berkata pihaknya menyasarkan 10,000 rumah dilengkapi panel solar tahun depan dan 100,000 menjelang 2020.

Pemilik rumah boleh mendapatkan nasihat dan keterangan daripada pemasang panel solar bertauliah berhubung kesesuaian rumah dan kosnya. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.seda.gov.my.

"Halangan terbesar menyertai program ini adalah modal yang agak besar sehingga RM10,000 untuk menjana setiap kilowatt atau RM40,000 untuk empat kilowatt. Walaupun tinggi, mereka boleh memperoleh pendapatan purata RM500 sebulan dan pulangan modal selepas enam tahun," katanya semalam.

Bagaimanapun, untuk kemudahan pemilik rumah, SEDA sedang berbincang dengan beberapa bank komersial untuk menawarkan kemudahan pinjaman.

Pemilik rumah boleh mendapatkan nasihat dan keterangan daripada pemasang panel solar bertauliah berhubung kesesuaian rumah dan kosnya. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.seda.gov.my.

Dalam perkembangan lain, SEDA bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berhubung dakwaannya bahawa tender bagi kuota bekalan tenaga solar diberi kepada syarikat tidak berkelayakan.
Walaupun enggan mengulas dakwaan itu, Dr Fong berkata kenyataan Tony itu adalah tuduhan serius terhadap beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan