Sabtu, 7 Julai 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Cikaro kerana ibu’

Posted: 06 Jul 2012 01:51 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Kalau ibu pulang ke rumah dengan muka masam, saya tahu dia kalah judi dan dia akan mencari sebab remeh-temeh untuk marah atau pukul saya sebagai tempat lepaskan geram," kata remaja perempuan hanya dikenali sebagai Fiza yang terjebak kancah gejala sosial seawal usia 14 tahun.

Fiza kini berusia 17 tahun mengaku walaupun digelar cikaro dan sering mendampingi Mat Rempit, hidupnya sangat gembira berbanding dikongkong ibu dan bapa.

"Ibu kalau tidak berjudi, dia mabuk. Bapa tiri pun sama, tetapi dia langsung tidak pedulikan saya, cuma ibu kerap memukul saya disebabkan perkara kecil seperti rumah tidak berkemas.

"Disebabkan tidak tahan dilayan sebegitu, saya mula mengikut kumpulan Mat Rempit ketika berada di tingkatan dua dan setahun selepas itu, saya dibuang sekolah kerana kerap ponteng, tetapi itu bukan halangan untuk saya berseronok dengan kawan-kawan," katanya yang ditemui di ibu kota, malam kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/07


Onar keluarga 69

Posted: 06 Jul 2012 01:47 PM PDT

KANGAR: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/07


Tiada ulasan:

Catat Ulasan