Kosmo Online - Negara |
Badan menggigil dengar tembakan Posted: Badan menggigil dengar tembakanOleh JUNHAIRI ALYASA dan NADIA SHAIFUL BAHARI
KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang ke Syria setelah bercuti di Istanbul, Turki menceritakan saat cemas untuk kembali ke Damsyik yang merupakan ibu kota Syria apabila helikopter tentera berlegar-legar di udara sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25, berkata pada mulanya, dia menaiki bas dari bandar Aleppo menuju ke Damsyik. Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di Jisir Baghdad, pihak tentera menahan kumpulannya dan tidak membenarkan mereka meneruskan perjalanan. Muhammad Nadir Al-Nuri "Saya terpaksa berjalan kaki sejauh 25 kilometer untuk ke Damsyik namun bersyukur dapat menumpang sebuah lori bersama tiga rakan warga Syria," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Syria bergolak dengan perang saudara berikutan keengganan Presiden Bashar Al-Assad untuk meletakkan jawatan yang telah menyebabkan kumpulan pemberontak meneruskan perjuangan menentang askar-askar Syria sejak Mac tahun lalu. Menurut Muhammad Nadir, ketika tiba di pinggir bandar Damsyik pada pukul 7.30 malam, sebuah helikopter berlegar di ruang udara sambil melepaskan tembakan ke arah sebuah bangunan. "Bunyi letupan meletus dan berselang-seli dengan bunyi tembakan ke udara. DERETAN bangunan mengalami kerosakan akibat pertempuran di pinggir bandar Erbeen, Damsyik. "Kami begitu takut dan saya tidak putus-putus berzikir dalam hati supaya dapat pulang dengan selamat," ujar pemuda itu yang merupakan Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Pelajar jurusan Syariah dan Bahasa Arab di Ma'ahad Dawil, Damsyik itu yang mempunyai keluarga di Bandar Baru Bangi, Selangor bersyukur kerana terselamat. "Tidak ada mayat kelihatan tetapi kerosakan pada bangunan sekitar kawasan itu jelas dapat dilihat,'' katanya. Ketika ditanya mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana, dia menjelaskan, rakyat Syria telah banyak membantu memastikan keselamatan mereka terjamin. "Jika ada pelajar Malaysia yang pulang lewat daripada kuliah, beberapa orang penduduk yang lengkap bersenjatakan parang dan kayu akan mengiringi pelajar kita pulang ke rumah dengan selamat," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Bekas banduan aktif beri ceramah Posted: Bekas banduan aktif beri ceramahOleh NORLIDA AKMAR IDROS JAMIL menunjukkan sijil-sijil penghargaan yang diterimanya di Kampung Belimbing, Kuala Nerang semalam. KUALA NERANG – Bekas banduan antara yang paling lama dipenjarakan di negara ini, Jamil Ahmad, 62, sentiasa dipanggil untuk memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Menurut Jamil, dia tidak pernah menolak sekiranya ada jemputan yang memintanya untuk berkongsi pengalaman hidup di dalam tirai besi kerana beliau berasa ia menjadi satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan. "Saya tidak pernah berasa malu sebaliknya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan mengenai kepahitan hidup di dalam penjara kepada orang ramai terutama golongan muda," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belimbing di sini semalam. Katanya, sejak dibebaskan daripada Penjara Sungai Buluh pada 3 Oktober 2006, dia telah mendapat lebih 300 jemputan untuk memberikan ceramah motivasi kepada orang ramai terutama pelajar sekolah. "Saya pernah ke UiTM (Universiti Teknologi Mara) Segamat dan banyak sekolah di seluruh negara termasuk di Kedah, Perlis dan Selangor untuk beri ceramah motivasi. "Cuba bayangkan masa muda saya dihabiskan di dalam penjara iaitu sejak saya berumur 26 tahun dan dibebaskan setelah dipenjara selama 30 tahun, 11 bulan dan sembilan hari," katanya dalam wajah benar-benar insaf dan bertaubat atas segala kesilapannya yang lalu. Jamil memberitahu, dia akan terus aktif dalam program ceramah motivasi terutama kepada golongan belia bagi menyekat mereka daripada terlibat dalam gejala sosial termasuk jenayah seperti yang pernah berlaku kepadanya suatu ketika dahulu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Mangsa ketiga putus tangan kiri Posted: Mangsa ketiga putus tangan kiriOleh FIRDAUS HASSAN KIM SHENG (kanan) memerhatikan mayat Henry yang dibawa ke jeti Pekan Sebuyau semalam selepas ditemui dalam tragedi helikopter terhempas. SAMARAHAN - Mayat mangsa terakhir penumpang helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang terhempas di muara Batang Lupar berhampiran Sungai Tereso dekat Sebuyau di sini ditemui semalam. Mangsa Henry Loh, 42, ditemui pada pukul 8 pagi terapung di tengah laut berhampiran Pulau Tereso iaitu tidak jauh dari lokasi helikopter tersebut terhempas pada Jumaat lalu. Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan, Sekan Anak Gundah berkata, hasil maklumat penduduk kampung pihaknya bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari jeti Pekan Sebuyau. "Semasa ditemui mangsa dalam keadaan masih lengkap berpakaian tetapi tangan kirinya hilang dipercayai dimakan ikan buntal. "Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti dan tiba pada pukul 8.28 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," kata beliau ketika ditemui di sini semalam. Berikutan penemuan mangsa terakhir, operasi mencari dihentikan pada pukul 8.40 pagi. Bagaimanapun, bangkai helikopter tersebut belum ditemui. Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat menggunakan empat buah bot pada hari ketiga semalam itu dimulakan seawal pukul 7.40 pagi dengan dibantu oleh 16 anggota dari Siburan, Kota Samarahan, Simunjan serta ibu pejabat bomba negeri. Tinjauan Kosmo! ke Klinik Kesihatan Sebuyau semalam mendapati ahli keluarga arkitek tersebut yang tinggal di Kuching hadir untuk proses menuntut mayat selepas dimaklumkan mengenai penemuan tersebut. Adik ipar mangsa, Law Kim Sheng, 40-an, dilihat tidak dapat mengawal perasaan dengan kematian mangsa sehingga dia terpaksa ditenteramkan oleh saudaranya K.C. Law, 48. Mayat Henry kemudian dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak dekat sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan