Harian Metro: Setempat |
‘Nak buang air pun susah!’ Posted: 15 Jul 2012 11:19 AM PDT KLANG: Krisis air yang dikatakan makin serius di Lembah Klang semakin dirasai apabila penduduk di daerah ini mengalami masalah terputus bekalan air dan tekanan air rendah sejak dua bulan lalu. Tinjauan Harian Metro semalam mendapati penduduk di rumah pangsa Sri Sementa, Kapar, di sini, terputus bekalan air sejak pagi kelmarin.
"Selepas jam 3 pagi, bekalan air kembali pulih, tetapi terputus kembali pada jam 9 pagi tadi (semalam) dan hingga kini (petang semalam) rumah kami masih terputus bekalan air," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Meor, 29, berkata, sejak awal tahun ini, gangguan bekalan air kerap berlaku.
"Khamis lalu, saya perasan air sudah mula perlahan dan saya menghubungi Syabas yang memaklumkan tekanan air rendah menyebabkan air tangki tidak penuh," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/16 |
Suspek mengaku perkosa wanita hamil Posted: 15 Jul 2012 11:16 AM PDT GOMBAK: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan reman bersabit kes dadah pada 6 Julai lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengaku pernah memperkosa seorang ibu hamil lima bulan yang ditemui mati, baru-baru ini. Mangsa E Vally, 25, ditemui dalam keadaan mukanya berulat jam 3 petang di belakang sebuah stor besi di Jalan Rawang, Batu Arang, Sungai Dua, di sini, 5 Julai lalu.
"Berikutan penahanan itu, pada Khamis lalu hasil soal siasat ke atas suspek mengaku terbabit dalam satu kes pembunuhan membabitkan seorang wanita hamil. Siasatan lanjut suspek mengaku memperkosa mangsa bersama tiga lagi rakannya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan