Kosmo Online - Negara |
- Ditembak ketika tunggu isteri
- Tawar kursus relevan untuk pelajar CGPA 2.8 ke atas
- 12,000 rumah dibaiki
Posted: Ditembak ketika tunggu isteriOleh MOHAMED SAARI
SEGAMAT - Sebuah keluarga tidak menduga kehilangan ketua keluarga menjelang Ramadan hari ini apabila lelaki itu maut ditembak di depan sebuah pusat karaoke di Jalan Muhibah 3, Bandar Utama di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi, mangsa, Asnan Yunus, 28, dari Kampung Jawa Segamat maut di tempat kejadian akibat terkena tembakan di rusuk, tengkuk dan bawah telinga yang semuanya di sebelah kiri badan. Kejadian tersebut berlaku hanya kira-kira 1.5 kilometer dari rumah mangsa dan kira-kira sepuluh minit sebelum isteri mangsa habis waktu bekerja. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Md. Anuar Ismail berkata, sebelum kejadian Asnan berdiri di luar kereta Proton Wira yang dipinjam daripada seorang rakan menunggu isterinya keluar dari pusat karaoke tempat wanita itu bekerja. Bagaimanapun, menurut beliau, belum sempat isteri mangsa keluar dari pusat karaoke tersebut, Asnan tiba-tiba ditembak dengan beberapa das tembakan oleh penyerangnya. "Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian tersebut tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.53 pagi dan siasatan mengesyaki sebelum kejadian terdapat sebuah kenderaan menghampiri mangsa sebelum melepaskan tembakan," kata beliau ketika dihubungi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Tawar kursus relevan untuk pelajar CGPA 2.8 ke atas Posted: Tawar kursus relevan untuk pelajar CGPA 2.8 ke atasOleh MOHD. HAFIZI AHMAD KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) disaran supaya mencari jalan untuk menawarkan bidang pengajian yang relevan serta dipilih sendiri oleh pelajar terutamanya kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan (gambar) berkata, ia perlu dilakukan bagi mengelakkan pelajar menjadi tidak bermotivasi jika bidang pengajian yang ditawarkan tidak sesuai dengan mereka. Selain itu, katanya, pemilihan bidang pengajian juga perlulah relevan dengan kehendak pasaran masa kini bagi membolehkan pelajar mendapat permintaan yang tinggi dalam sektor pekerjaan selepas tamat pengajian. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: 12,000 rumah dibaikiNAJIB (dua dari kiri) bersama Kamarun Helan (bersongkok) melihat papan poster Skim Bantuan Kasih Felda di kediaman Kamarun Helan di Jerantut, Pahang semalam. JERANTUT - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM60 juta untuk membaik pulih 12,000 rumah yang berjiran dengan kawasan Felda menerusi Program Kampung Sejahtera Inspirasi Felda (Kasih Felda). Perdana Menteri berkata, untuk fasa pertama tahun ini, sebanyak 4,000 rumah akan dibaik pulih membabitkan peruntukan RM20 juta. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program itu di sini. Program Kasih Felda melibatkan kawasan kampung lama dan tradisional yang terletak berhampiran 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Di bawah program itu, setiap keluarga yang layak akan menerima RM5,000 bagi membaik pulih rumah masing-masing. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan