Berita Harian: Nasional |
Eksklusif: Norzana kena jual di Lampung Posted: 16 Jul 2012 09:56 PM PDT » Misi satukan mangsa dengan bapa, tiga adik tak berhasil Lampung, Indonesia: Kanak-kanak perempuan Malaysia, Siti Norzana Nordi yang terkandas di Mesuji, Indonesia, dipercayai sudah dijual kepada pihak ketiga sehingga menggagalkan usaha membawanya pulang. Untuk berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. zaitun kasim hrp krajaan dpt membantu saya tramat sedih trbayang bagimana situasi itu berada ditempat saya? klu lah saya org yg berada mahu saja saya mengantikan siti norzana dgn wang, maksud saya beri saja sejumlah wang ngan bapa angkatnya itu sebgai imbuhan kerna menjaganya selama beberapa th. Harap siti norzana dpt dibawa pulang kemalaysia. Insaaalah Izrel Haizi Mohamad Minta tolong BH, Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dan Kerajaan Malaysia bertegas dalam hal ini dan memastikan Siti Norzana dibawa balik ke tanahair... ambil tindakan tegas terhadap suspek pemerdagangan orang walaupun di Indonesia... Pls do something..kesian dgn dia & family nya, Pak Tom Bagaimana 'Siti Norzana' boleh dijual? Mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan. Sebagai Rakyat Malaysia apakah kita sanggup melihat Siti Norzana (anak rakyat Malaysia) menderita di negara orang. Jom kita mulakan Tabung Selamatkan Siti Norzana demi maruah agama, bangsa dan Negara. zainal mat Kita patut membawa pulang adik Siti Norzana Nordi sewaktu kali pertama usaha menyelamatkannya dijalankan. Wakil Malaysia sepatutnya menggunakan Pihak Berkuasa Tempatan menangani masaalah ini. Kalau kali kedua saya rasa kanak2 ini mungkin telah dipindahkan. Harap2 usaha seterusnya mesti dijalankan. Samsunihar Kerajaan Malaysia perlu uruskan utk bawa balik siti norzana nordi ke malaysia. Jika perlu dptkan perintah mahkamah indonesia , dn campurtangan PM dn presiden indonesia.. PM kan selalu kata, kita ni serumpun, kita tolong org indon.... Dn org indonesia pun kena tolong org malaysia....bagi balik siti norziana ke pangkuan keluarganya. Amar Jannnah Kerajaan Malaysia sila lakukan sesuatu, kes Siti Norzana dilihat sebagai 'pemerdagangan manusia'. Dimana slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan jika kebajikan kanak2 ini tidak dipelihara? Sila ambil perhatian, rakyat sedang menilai kredibiliti kepimpinan kerajaan. tk! suhaila Hamid Walau apa pun..di harap Siti Norzana mesi di bawa pulang ke Malaysia...Mohon kerajaan Malaysia ambil perhatian untok membawa pulang Siti. yusri yusuf Mohon Kerajaan Malaysia bertindak segera demi selamatkan adik Siti Norzana Nordi.. Beliau harus diselamatkan dengan apa jua cara daripada terus diperdagangkan.. Mohon Kerajaan Malaysia melakukan sesuatu bagi membawa kanak-kanak malang itu pulang ke pangkuan keluarganya.. 6Jahanam Apalah kerajaan indonesia, benda macamni pun tak boleh selesai. tangkap je bapak angkat sial tu. Suruh dia tunjuk bukti kalau anak dia atau sedara maranya. Macam mana nak jadi negara yang dihormati jika benda ni pun tak boleh selesai. MUHAMMAD SYAFIQ DIA RAKYAT MALAYSIA , BAWA DIA PULANG KE MALAYSIA SEMUA .. DIA TANGGUNG JAWAP SEMUA , GUNAKAN INTERPOL KERANA IA MELIBATKAN PEMERDAGANGAN MANUSIA DENGAN MENJUAL KEPADA PIHAK KE TIGA ... DAN SIASAT SIAPA DALANG SEMUA INI . mohd khan bin sidil Kecuaian bapa kepada kanak-kanak ini telah menjadikan kanak-kanak tersebut menderita sehingga kini di negara orang. Kenapa tidak adakah peraturan mengenai kecuaian bapa terhadap perkara ini. Sila ambil tindakan kepada bapa tersebut supaya perkara ini tidak berlaku lagi. ABDUL MANAF BOHARI Kes-kes sebegini harus diselesaikan dengan budibicara, bukan tertakluk kepada undang-undang semata-mata. Kalau perkara ini berlaku kepada anak-anak Indonesia (dijual kepada warga Malaysia), mungkin tunjuk perasaan akan berlaku di kedutaan Malaysia. Jadi, sepakat membawa berkat. Abdul Halim Bin Yasin Siti Norzana Nordi harus di bawa pulang ke Malaysia kerana dia dibawah tanggungjawab kita.Kasihan hanya kerana nasibnya yang hanya dijual dan bukan kerelaan hati, kita tidak boleh berbuat apa-apa.Mohon Kerajaan Malaysia mengambil langkah bijak supaya nasib rakyat kita terbela dan berasa selamat dibawah kerajaan kita. |
Posted: 16 Jul 2012 03:16 PM PDT Isu penyelewengan RM100 juta Kuala Lumpur: Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif (CEO) Sime Darby Bhd (SDB), Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid yang disyaki terbabit dalam penyelewengan, ditahan pagi semalam. Beliauakan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, berhubung kes pecah amanah membabitkan projek kerjasama antara SDB dan sebuah syarikat dilantik kerajaan negeri Sarawak sehingga mengakibatkan konglomerat itu mengalami kerugian melebihi RM100 juta. Mustafar berkata, Ahmad Zubir ditahan ketika hadir bersama dua peguamnya, tetapi dibebaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin. Beliau berkata, Ahmad Zubir adalah antara individu yang terbabit dalam projek pertanian pembangunan tanah adat di Sarawak yang pada ketika itu beliau adalah pengerusi dan CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit. Katanya, beliau disyaki melakukan pecah amanah kerana gagal mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang bagi pengesahan ke atas penganugerahan tanah hak adat Bumiputera menyebabkan SDB mengalami kerugian sebanyak RM85 dan RM16.8 juta. Pada Disember 2010, SDB dan tiga anak syarikatnya memfailkan saman menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya RM92.2 juta terhadap Ahmad Zubir dan dua pegawai eksekutifnya atas dakwaan pecah amanah dan melanggar tanggungjawab berhubung projek Bakun. Konglomerat itu turut memfailkan saman menuntut ganti rugi kira-kira RM340 juta terhadap Ahmad Zubir dan empat lagi bekas pegawai kanannya berhubung kerugian RM1.7 bilion yang ditanggung bahagian tenaga dan utiliti (E&U) SDB akibat lebihan kos dan kemungkinan salah laku. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan