Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 12 Jul 2012 03:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Tangisan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipijak dan disepak terajang pembantu rumah warga Kemboja, menyelamatkannya daripada terbunuh dalam kejadian 'amuk' wanita terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Gombak, di sini, kelmarin. Wanita berusia 20-an itu yang bekerja sejak lebih setahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,300 berhenti melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas dihalang majikannya yang terdengar tangisan anaknya dalam kejadian jam 10.30 malam itu. Difahamkan, wanita terbabit hilang pertimbangan gara-gara tidak puas hati dengan seorang daripada anggota keluarga majikannya itu sebelum mengamuk dengan melepaskan geram terhadap bayi berkenaan. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian, suspek mengetahui majikannya berada dalam rumah berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/13 |
Posted: 12 Jul 2012 03:50 PM PDT KUALA TERENGGANU: "Saya sudah serik untuk memakai cincin kerana ia menyebabkan saya nyaris kehilangan jari," kata Baidillah Ibrahim, 27, yang menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu untuk membuka cincin yang tersangkut pada jari telunjuk tangan kirinya. Pemandu lori terbabit yang tinggal di Kampung Jerangau Barat, Hulu Terengganu, ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, semalam berkata, dia tidak menduga cincin tahan karat yang dipakainya sejak empat tahun lalu semakin ketat dan hampir menyebabkan dia kehilangan jari dalam kejadian pada 4 Julai lalu.
Katanya, sebaik membuka bidai penutup badan lori, jari telunjuk tangan kirinya diletakkan di celah penyelak badan kenderaan berkenaan.
Baidillah berkata, doktor menggunakan khidmat anggota bomba untuk membuka cincin yang tersekat pada jari telunjuk.
"Saya sebak melihat keadaan jari telunjuk yang hanya tinggal tulang dan beberapa urat akibat kesan koyakan daripada cincin itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan