Kosmo Online - Negara |
- Malu digelar muka gajah
- 38,000 ditawar program ijazah universiti tempatan
- Pendidikan ubah nasib rakyat
Posted: Malu digelar muka gajah
KUALA LUMPUR - Seorang bapa menitiskan air mata apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang sering dicerca dan dihina oleh orang lain kerana mengalami kecacatan teruk pada wajahnya akibat penyakit yang sukar diubati. Bagi Chan Hoong Yee, 67, dia sudah tidak sanggup lagi melihat anaknya, Chan Mong Ping, 43, dipinggirkan masyarakat akibat penyakit Port Wine Stain atau Haemongiomas Rata yang dialaminya sejak lahir. Hoong Yee yang merupakan seorang buruh binaan berkata, dia dan keluarga sudah kering air mata mengenangkan masa depan anak perempuan sulung daripada lima beradik itu. "Mong Ping tidak pernah mendapat sebarang rawatan sama ada moden mahupun rawatan tradisional ekoran masalah kewangan yang saya hadapi. "Akibat tiada sebarang rawatan, kini tangan kanannya menjadi lemah dan penglihatannya juga terjejas," katanya ketika ditemui semasa lawatan Penyelaras MCA Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong ke rumahnya di Kampung Seri Kembangan dekat sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
38,000 ditawar program ijazah universiti tempatan Posted: 38,000 ditawar program ijazah universiti tempatanPROGRAM ijazah yang ditawarkan oleh universiti awam negara ini sentiasa menjadi rebutan pelajar. - Gambar hiasan PUTRAJAYA - Lebih 38,000 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa berkata, mereka dipilih daripada 52,430 calon yang layak daripada 63,467 permohonan, dan surat tawaran rasmi akan dihantar mulai Isnin ini. "Bilangan calon yang layak menurun 1.5 peratus disebabkan beberapa faktor iaitu jenis kursus yang dipilih, mempunyai merit rendah serta tidak menduduki Malaysia University English Test," katanya pada pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Pendidikan ubah nasib rakyatNAJIB bersalaman dengan orang ramai pada program Mengubah Destini Anak Bangsa di Dungun semalam. DUNGUN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) menanggung lebih 90 peratus subsidi dalam sektor pendidikan bagi memastikan kemiskinan tidak menjadi kekangan kepada setiap anak bangsa untuk mendapatkan pendidikan sekali gus mengubah nasib mereka. Perdana Menteri berkata, kerajaan menyediakan pelbagai subsidi dan bantuan dalam bidang pendidikan termasuk kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). "Pinjaman PTPTN menjadi akses kepada ramai pelajar yang miskin untuk meneruskan pengajian. Kalau kita hapuskan (PTPTN), siapa nak bayar? Menerusi pembayaran balik pinjaman itu, ianya membolehkan kita berbudi (memberi pinjaman) pula pada yang lain. "Kerajaan BN akan terus membela dan menyediakan kemudahan yang lebih baik lagi dalam bidang pendidikan untuk rakyat di negara ini pada masa depan," katanya ketika berucap pada program Mengubah Destini Anak Bangsa yang dihadiri lebih 20,000 pelajar dan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) seluruh negara di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan