Khamis, 19 Julai 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


‘Kalau tak skor, mudah diguling’

Posted: 18 Jul 2012 03:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Amat malang bagi saya sebab menjadi Datuk Bandar kesepuluh. Nombor 10 ni khas untuk Diego Maradona. Kalau penyerang nombor 10 tidak skor, dia mudah digulingkan," kata Datuk Bandar Kuala Lumpur baru, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Dalam nada berseloroh, Ahmad Phesal mengakui dirinya tidak kisah menerima kritikan kerana komen berkenaan dilihat sebagai aset kepada organisasi, selain mahu memberikan mutu perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui perkhidmatan bersifat penyay ang dan mulia.


Beliau yang memulakan tugas rasmi di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jam 8 pagi semalam menanam keazaman untuk menggunakan pendekatan 'pintu terbuka' dalam mendengar sebarang masalah dibangkitkan warga kota.

"Kita mesti bersama-sama dengan masyarakat, berbincang mengenai pelbagai masalah dibangkitkan, selain terbuka untuk duduk semeja bersama kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyelesaikan perkara asas dipertanggungjawabkan kepada DBKL.


"Tidak setakat itu keutamaan juga difokuskan terhadap perkhidmatan asas yang disediakan DBKL. Umpamanya membabitkan lampu jalan, jalan yang perlu diturap, longkang dan persekitaran yang bersih," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya selepas dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur baru menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang tamat kontrak perkhidmatan pada 15 Julai lalu.

Pelantikan itu menjadikan Ahmad Phesal sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur Kesepuluh menggantikan Ahmad Fuad yang bersara wajib pada 15 Julai tahun lalu sebelum disambung kontrak perkhidmatan selama setahun lagi.


Terdahulu kehadiran Ahmad Phesal disambut meriah warga DBKL yang menunggu di lobi, selain ketibaannya diserikan dengan upacara perbarisan kalangan penguat kuasa DBKL dan persembahan tarian tradisional.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/19


PKB bangun hartanah Melayu

Posted: 18 Jul 2012 03:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Impian penduduk Kampung Baru menyaksikan perubahan wajah penempatan tradisi itu selain menikmati pembangunan sesuai dengan kepesatan kawasan sekitar bakal menjadi kenyataan selepas kerajaan melancarkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).

Ia satu lagi inisiatif menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bagi membangunkan prasarana dan hartanah orang Melayu di ibu negara dengan PKB yang memulakan operasinya semalam akan merealisasikan kejayaan pembangunan berkenaan.


Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihaknya bersama Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menyediakan garis panduan dengan tindakan seterusnya ialah merangka strategi jangka panjang Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru berdasarkan perbincangan dengan penduduk asal di situ.

"Dengan adanya pengurusan sebuah perbadanan yang akan menjaga seluruh kawasan Kampung Baru, ia perlu dilakukan dengan lebih fokus supaya kawasan ini muncul sebagai satu ikon orang Melayu yang hebat di tengah-tengah kota raya," katanya ketika berucap melancarkan PKB di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/19


Tiada ulasan:

Catat Ulasan