Selasa, 24 Julai 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Bufet Ramadan tanpa sijil halal boleh kena tindakan

Posted: 24 Jul 2012 03:05 AM PDT

JOHOR BAHRU: Restoran atau hotel yang menggunakan perkataan bufet Ramadan tetapi dalam masa yang sama tidak mempunyai sijil halal boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Ayub Abd Rahman, berkata perkataan Ramadan boleh mengelirukan umat Islam yang beranggapan premis itu menyajikan makanan halal. "Jika digunakan perkataan bufet Ramadan, tetapi dia tidak mempunyai logo dan sijil halal yang sah kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah kilang memproses minyak di sini hari ini.
Katanya, ia termasuk premis menggunakan ayat al-Quran yang melambangkan makanan orang Islam, tetapi tidak memiliki sijil halal yang sah juga boleh dikenakan tindakan.

Mana-mana pihak yang didapati bersalah berbuat demikian boleh dikenakan denda RM1 juta atau penjara tiga tahun, manakala bagi syarikat denda RM5 juta mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang telah dikuatkuasakan bermula 1 Julai lalu. - BERNAMA

Damsyik masih kawal senjata kimia: Israel

Posted: 24 Jul 2012 02:55 AM PDT

Artikel Berkenaan

JOHOR BAHRU: Restoran atau hotel yang menggunakan perkataan bufet Ramadan tetapi dalam masa yang sama tidak mempunyai sijil halal boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah masih belum menerima laporan berhubung peletakan jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Bumburing sebagai Pengerusi BN Tuaran, semalam.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk membuktikan keberkesanan menangani rasuah di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Datuk Abdul Rahman Dahalan.

KUALA LUMPUR: Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) dan 54 badan bukan kerajaan (NGO) akan melancarkan jelajah ke seluruh negeri bagi memberi penjelasan berhubung isu air kepada rakyat.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, memberikan sumbangan berupa air zam-zam, kurma dan jubah kepada 943 masjid yang meliputi 25 kawasan di seluruh Sabah, sempena Ramadan ini.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan perintah Menteri Dalam, Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lalu yang mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram.

GEORGETOWN: Polis menahan 93 lelaki berusia antara 16 dan 42 tahun dari dua kumpulan kongsi gelap ketika cuba mencetuskan pergaduhan di Persiaran Gurney di sini tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Hari Terbuka Pelan Tindakan 2.0 Program Transformasi Negara (GTP Roadmap 2.0) di sini, hari ini.

JERANTUT: Seorang pemandu lori maut selepas dua batang kayu balak menggelongsor dan menghempapnya di sebuah kilang Papan Teras Maju, di Jalan Benta-Jerantut, dekat sini.

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam longkang besar di Taman Damai Utama, Puchong dekat sini awal hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang pereka grafik yang mengalami kecederaan mata kekal akibat terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak pada Julai tahun lalu, hari ini memfailkan saman RM776,000 terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ketua Polis Selangor dan dua lagi.

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama keluarganya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM37 Jalan Temerloh-Mayam berhampiran Bera semalam.

NEW YORK: Satu daripada mercu tanda terkenal New York, Empire State Building (ESB), akan menghormati Malaysia sebagai antara negara yang menyertai Sukan Olimpik London dengan menyinari ke langit warna Jalur Gemilang.

JASIN: Seorang pemandu dan lima penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas kenderaan itu merempuh belakang sebuah treler 37 tan di KM188.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran hentian Kampung Bemban di sini, petang semalam.

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda berkata pihaknya tidak akan membenarkan sebarang penerbangan pesawat pengangkutan tentera Amerika Syarikat (AS) dilakukan di negara itu sehingga aspek keselamatan disahkan.

SEPANG: Puteri Raja Thailand, Maha Chakri Sirindhorn tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini untuk lawatan sehari ke negara ini.

HONG KONG: Lebih daripada 100 mangsa cedera apabila taufan yang membawa angin kuat berkelajuan 140 kilometer sejam (km/j) melanda Hong Kong sejak semalaman.

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu bahan polistirena tidak lagi digunakan pada majlis baginda mulai sekarang kerana ia boleh membawa kemudaratan.

JAKARTA: Universiti Indonesia (UI) hari ini melancarkan Akademi Solar, iaitu institusi pendidikan dan latihan tenaga suria yang pertama di Asia Tenggara

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 107 orang terbunuh dalam serangan bom dan senjata api di seluruh Iraq semalam, sehari selepas 20 orang maut dalam beberapa letupan yang disasarkan terhadap puak Syiah.

RENO, Nevada: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, memberi amaran kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad, tidak membuat "kesilapan tragik" dengan menggunakan senjata kimia.

Keputusan ATP Los Angeles

Tiada ulasan:

Catat Ulasan