Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 09 Jul 2012 03:14 PM PDT TAPAH: Selepas empat tahun, sekali lagi seorang guru wanita nyaris maut diletupkan bekas suaminya apabila lelaki itu didakwa sengaja meletakkan bom di bawah kereta wanita berkenaan yang diparkir di pekarangan Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, di sini. Dalam kejadian jam 9.40 malam Selasa minggu lalu, guru berusia 50-an itu, bagaimanapun terselamat selepas menemui alat yang mencurigakan dipasang berhampiran tangki minyak dan ekzos Proton Saga miliknya. Mangsa yang mengesyaki alat berkenaan bom dan bimbang kereta meletup apabila enjin dihidupkan, bergegas membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, sejurus menerima laporan, anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan memeriksa kereta berkenaan sebelum menemui satu alat yang disyaki bom.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10 |
Posted: 09 Jul 2012 03:14 PM PDT KOTA BHARU: "Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin). "Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga," kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di sini, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK. Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK. Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994. Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan