Harian Metro: Setempat |
Posted: 11 Jul 2012 03:20 PM PDT PELABUHAN KLANG: Seorang wanita warga Indonesia menjerit sambil melaungkan 'Allahuakbar' selepas ditahan Jabatan Imigresen dalam Ops 6P di sebuah spa dalam hotel di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, semalam. Wanita berusia 24 tahun itu antara 30 warga asing termasuk enam lelaki warga Myanmar ditahan dalam operasi diketuai Penolong Pengarah Imigresen Pelabuhan Klang, Tarmizi Talib Ali, jam 3.30 petang.
Azrul berkata, spa terbabit mengenakan caj RM68 sejam untuk satu sesi urutan selain menyediakan khidmat seks pakej berharga RM188, RM480 dan RM600 bergantung kepada usia dan rupa paras wanita itu. Beliau berkata, pihaknya membuat intipan selama seminggu di premis itu selain mendapat maklumat awam.
Semua warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/12 |
Peniaga Keramat Mall anjur karnival Posted: 11 Jul 2012 03:18 PM PDT KUALA LUMPUR: Gelaran projek gajah putih yang sekian lama dilontarkan terhadap Keramat Mall diharap dapat dihapuskan dengan penganjuran Karnival Riang Ria Raya Merdeka oleh peniaga kompleks itu sendiri tidak lama lagi. Karnival bersempena Ramadan dan Syawal 2012 itu tidak hanya mewujudkan satu lagi lokasi yang menyediakan pelbagai keperluan Aidilfitri khususnya kepada penduduk Keramat, malah secara tidak langsung memberi kesan kepada aktiviti perniagaan di kompleks berkenaan untuk jangka masa panjang.
Katanya, selepas lebih setahun berniaga di kompleks terbabit, dia mengharapkan sokongan semua pihak khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap karnival yang julung kali diadakan di situ apatah lagi dia peniaga pertama berpindah masuk dari pasar lama.
"Laluan masuk ke tempat letak kereta berbumbung yang diluluskan itu hanya memuatkan 30 kanopi sedangkan peniaga makanan mencecah 40 dan itu belum mengambil kira peniaga barangan kering khususnya pakaian. Kedudukannya juga terlindung oleh tembok pagar jadi dikhuatiri pengunjung tak nampak," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan