Kosmo Online |
- Lelaki terlibat 30 kes samun, ragut ditahan
- Penguatkuasaan elak tapak niaga Ramadan didagang
- Saman trafik tertunggak warga asing lebih RM26j
Lelaki terlibat 30 kes samun, ragut ditahan Posted: Lelaki terlibat 30 kes samun, ragut ditahan11/07/2012 6:02pm IPOH — Polis berjaya menahan seorang lelaki yang terlibat dalam 30 kes samun dan ragut di bandaraya ini selepas dia meragut beg tangan seorang wanita di Bercham, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt. Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 3.45 petang selepas mangsa membuat laporan polis sejurus selepas kejadian. "Hasil siasatan, polis mendapati lelaki berkenaan terlibat dalam 30 kes ragut dan samun sepanjang enam bulan pertama tahun ini di sekitar bandaraya ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Ahmad Termizi berkata, polis turut menemui enam beg tangan, empat telefon bimbit, 11 keping kad pengenalan, sepuluh lesen memandu, 22 kad bank dan buku simpanan bank di rumah yang disewa lelaki tersebut.— BERNAMA |
Penguatkuasaan elak tapak niaga Ramadan didagang Posted: Penguatkuasaan elak tapak niaga Ramadan didagang11/07/2012 5:47pm KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan tapak niaga bazar Ramadan milik pihak berkuasa tempatan itu tidak didagangkan kepada pihak luar. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, antara langkah yang diambil ialah pemilik gerai dan pembantunya wajib melekatkan gambar mereka di lesen niaga yang diluluskan. "Pegawai-pegawai penguatkuasa juga telah diarah untuk meningkatkan penguatkuasaan bagi membendung isu tapak niaga bazar Ramadan dijual kepada pihak lain semata-mata untuk mengaut keuntungan," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.— BERNAMA |
Saman trafik tertunggak warga asing lebih RM26j Posted: Saman trafik tertunggak warga asing lebih RM26j11/07/2012 5:18pm KUALA LUMPUR — Kerajaan akan mengkaji tindakan sesuai terhadap pemilik kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak yang kini mencecah lebih RM26 juta, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Menjawab soalan Senator Datuk Chin Su Phin, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, sejak lima tahun lepas terdapat 263,265 saman bagi pelbagai kesalahan trafik membabitkan warga asing dengan nilai saman berjumlah RM26,326,500. Menjawab soalan oleh anggota yang sama, Chee Leong berkata, pelantikan ejen kutipan saman trafik oleh kementeriannya adalah bagi memudahkan orang ramai menjelaskan saman mereka tanpa perlu membanjiri pejabat polis daerah.— BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan