Kosmo Online - Negara |
Bujang Sebelak masuk perangkap Posted: Bujang Sebelak masuk perangkapOleh SOPI SAMAILE
SARATOK - Buaya ganas yang dalam buruan sejak 14 hari lalu, Bujang Sebelak akhirnya ditangkap dan dibunuh selepas ia kembali menggemparkan pekan Roban di sini dengan membaham isteri ketua Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Siah Munsong, 42, pada 19 Jun lalu. Buaya jantan seberat 200 kilogram dan panjang 3.65 meter itu ditangkap oleh pawang buaya terkenal, Indet Sanabong, 49. Bangkai itu disahkan sebagai Bujang Sebelak berdasarkan mata kirinya yang buta selain dua kesan tembakan pada bahagian bawah rahang kirinya. Tembakan senapang itu dilepaskan oleh penduduk pada hari buaya itu membaham Siah. Indet memberitahu, Bujang Sebelak telah memakan umpan daging anjing putih yang dipasang di Sungai Nyiar, kira-kira tiga kilometer dari Rumah Panjang Nanga Sungai Anak petang kelmarin. Dia kemudian menaiki perahu bersama adiknya, Tinggi Sanabong, 45, serta dua lagi pembantu untuk melihat umpan sebelum menyedari boya yang dipasang telah beralih tempat, iaitu satu petanda umpannya telah mengena. Mereka mengambil masa sejam untuk bertarung menaikkan Bujang Sebelak. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Sengketa Anzalna, Neelofa selesai cara baik Posted: Sengketa Anzalna, Neelofa selesai cara baikOleh RONI HIDAYAT RIDWAN PRESIDEN Seniman, Zed Zaidi (dua kanan) menunjukkan surat aku janji bagi memastikan Anzalna (kiri) dan Neelofa tidak lagi membangkitkan kontroversi membabitkan mereka berdua di Petaling Jaya semalam. PETALING JAYA - Kontroversi yang membabitkan dua pelakon jelita, Nur Anzalna Md. Nasir dan Noor Neelofa Mohd. Noor akhirnya menemui titik noktah apabila Anzalna secara terbuka membuat permohonan maaf kepada Neelofa. Anzalna, 24, memberitahu, dia mengambil keputusan untuk membuat permohonan maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya sebelum ini kerana tidak mahu memanjangkan kontroversi dengan Neelofa, 23. "Saya minta maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di akhbar pada 10 Jun lalu yang telah menjejaskan diri dan keluarganya. Saya tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan yang dibuat di akhbar tersebut. "Keputusan ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada Seniman dan saya juga tidak mahu permasalahan yang timbul ini terus berpanjangan kerana ia akan mengaibkan lebih ramai orang," katanya pada sidang akhbar yang diatur olah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk membolehkan kedua-dua pelakon itu bersemuka di sini semalam. Perbalahan kedua-dua pelakon yang dilahirkan menerusi pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 itu bermula apabila Anzalna mendakwa Neelofa pernah membuat ugutan serta menghina keluarganya menerusi laman sosial Facebook atas sebab yang tidak diketahui melalui laporan akhbar berkenaan. Ekoran laporan akhbar tersebut, Neelofa telah mengambil tindakan undang-undang dengan melantik dua orang peguam bagi mengendalikan kes berkenaan serta menghantar notis tuntutan kepada Anzalna yang meminta pelakon itu memberikan bukti serta penjelasan dalam tempoh tujuh hari mengenai dakwaan tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Kreatif tangani masalahNajib menyatakan sesuatu selepas berucap pada perhimpunan bulanan di Putrajaya semalam. PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjawat awam perlu sentiasa mengambil sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian. Beliau berkata, sikap ini pula perlu disokong dengan satu lagi akronim Productivity, Creativity and Inovation (PCI), supaya perkhidmatan awam tidak dilihat bagai sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian, atau selesa dengan business as usual. Katanya, sektor perkhidmatan awam perlu terus berusaha gigih secara terancang untuk meningkatkan prestasi supaya rakyat berasakan kerajaan dan perkhidmatan awamnya sentiasa dapat memberi kepuasan yang kian meningkat kepada masyarakat. "Dua akronim ini mencerminkan proses pembaharuan yang perlu kita lakukan, yang lebih inovatif, yang kita inginkan sebagai sebuah perkidmatan kerajaan yang sentiasa mencari idea-idea baharu yang lebih bernas untuk rakyat," katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan